twitter rss

Majlis Jamuan Hari Raya bersama Perdana Menteri dan Isteri

Pada 24hb September yang lalu kami di beri satu tugasan khas untuk mengiringi YAB Perdana Menteri dan isteri di Majlis Jamuan Hari Raya Dun Sungai Rapat di Taman Soon Choon Ipoh.

 

Tiba nya kami disana kawasan Taman Soon Choon telah lama dikerumuni oleh orang ramai. Sambil menunggu ketibaan Perdana Menteri dan rombongan. Masing-masing telah mengambil tempat agar senang untuk mereka berjabat tangan nanti. Bagi kami Serimau Hitam K-Gar sentiasa bersiap sedia kerana kami mempunyai pengalaman yang lepas bila mengiringi Perdana Menteri di Pos Raya Gopeng dulu.

 

Pada masa yang sama kelihatan VVIP yang lain muncul seperti Dato Hamidah Osman selaku tuan rumah. Adun-adun kawasan yang lain juga datang awal untuk menyambut sekali Perdana Menteri dan isteri.

 

9.45am – Perdana Menteri dan isteri serta rombongan mula muncul dan tiba. Kami terus mendendangkan lagu berjalan bagi mengiringi beliau dan isteri. Yang agak kelam kabut sedikit bila orang ramai mula berpusu pusu mengambil peluang untuk berjabat dan bertegur sapa dengan beliau. Akibatnya kami sedikit tersepit dan terhimpit. Jadi paluan gendang kami agak sedikit tengelam. Akan tetapi kami memang bersedia untuk itu, tugas tetap kami jalankan seperti diamanahkan. Paluan gendang dan tiupan serunai tetap berkumandang sambil mengiringi Perdana Menteri dan isteri ke tempat duduk. Satu pengalaman yang membanggakan bagi kami.

 

IMG_7482

 

IMG_7545

IMG_7425 IMG_7379 IMG_7387   IMG_7406  IMG_7392IMG_7394IMG_7412

 

 

Team Sham Juara Futsal Merdeka Raya

Batu Gajah – 16 September 2011 di Arena Square, Batu Gajah menyaksikan perlawanan Futsal Merdeka raya yang dianjurkan Serimau Hitam Batu Gajah. Sebanyak 4 pasukan yang berentap iaitu Team Sham, Team Rizal, Team Abg Poi dan Team Abg Awie.

 

Bermula dengan masing-masing memanaskan badan dalam beberapa siri perlawanan liga. Pasukan masing-masing memang memberikan satu semangat untuk menang dan berebut piala johan. Di ingatkan bahawa pasukan yang menang boleh bermegah diri selama sebulan di dalam FB.

 

Bermula garang, pasukan Team Abg Poi mula mengorak langkah dan membelasah pasukan lawan. Tidak lupa pasukan Team Abg Awie yang membawa pemain import dari Klebang Restu memang memberi saingan yang sengit. Team Rizal pula sentiasa memberikan aksi padang yang licik dan penuh dengan skil. Team Sham walau terdiri dari pemain-pemain yang lama bersara dan dijangka akan kalah nanti tetapi semangat anak rimau tak pernah luntur di hati mereka. Bak kata pepatah “ Luka-luka harimau, menganas dia satu kampung “ .

 

Dalam erti kata lain, Team Sham berjaya ke final bersama Team Abg Awie selepas mengalahkan kedua-dua pasukan lawan.

 

Keputusan Team Sham berjaya mengodol piala johan dan membawa balik 2 bungkus roti apollo dan mug sebagai cederahari. Taniah diucapkan kepada mereka.

 

IMG_7278

 

“ Ini lah hasil latihan keras yang selalu kami utamakan “ ujar Sham selaku kapten pasukan.

 

Ziarah Raya

Labels: ,

Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir dan Batin…

 

Alhamdulillah, hari raya menjelma sudah selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadhan. Kami Serimau Hitam K-GAR mengucapkan kesyukuran pada Allah kerana memberi nikmat yang tidak terhingga. Pada hari raya yang lepas kemi mengunjungi rumah arwah guru kami untuk beraya. Terasa kerinduan bila menjejak kaki disana. Rindu terubat bila berjumpa dengan waris waris beliau yang menunggu kami. Terima Kasih pada Pak Mat iaitu anak sulung kepada arwah Bapak yang menjemput dan menunggu kedatangan kami dari Batu Gajah. Ramai juga jurulatih dan anak-anak rimau yang hadir. Sempat kami beramah mesra dan bertegur sapa. Ini lah masanya kami berkenalan kerana kami sepeguruan.

 

IMG_7163 IMG_7198

 

Iftar Majlis Berbuka Puasa di Hotel Syuen, Ipoh

IMG_6408

 

21 Ogos 2011, Alhamdulillah kami dapat berkumpul bersama-sama yang lain mengadakan Majlis Berbuka Puasa di Hotel Syuen. Berkumpul di rumah sifu dalam pukul 6.15ptg dan bergerak kira-kira 6.30ptg. Masing-masing berbaju koporat, berkemeja menunjukkan anak rimau yang ada sentiasa menjaga adab dan tertib bila menghadiri majlis walaupun majlis ini dikalangan kami tetapi kami tetap mengunakan protokol majlis rasmi bagi mendidik dan membiasakan bila nanti ada jemputan dimajlis majlis besar yang mempunyai protokol yang ketat.

 

Tiba di hotel rupanya bukan kami sahaja yang berbuka di sini tetapi ramai yang sudah menempah meja seperti kami. Lagi beberapa minit waktu berbuka akan tiba masing-masing terus ke kaunter-kaunter yang menempat kan makanan. Pelbagai menu yang di sediakan oleh pihak hotel memang tidak mengecewakan. Antara menu nya seperti daging masak rendang, ayam kurma, nasi minyak, ikan, udang dan yang terbaik ialah daging kambing yang di pangang dan di potong kecil kecil membangkitkan selera kami. Menu “side dishes” juga banyak seperti pecal, soto, bihun, mee, kuehtiaw, sup, bubur, kuih-kuih tradisional dan pelbagai lagi. Ais kacang juga ada disediakan.

 

Kenyang? sangat-sangat!!…itu jawapan yang akan keluar di setiap kami bila selesai mengadap kesemua juadah yang disediakan. Syukur alhamdulillah pada Allah kerana memberi kami rezeki yang melimpah ruah. Moga ikatan silaturahim yang erat ini berkekalan hingga akhirnya. amin!!!

 

IMG_6441 IMG_6397 IMG_6407 IMG_6411 IMG_6412 IMG_6415 IMG_6416 IMG_6417 IMG_6419 IMG_6420 IMG_6427              IMG_6434

 

 

 

KLIK ALBUM GAMBAR UNTUK ALBUM PENUH

 

Majlis Penyerahan Bantuan Makanan yang disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato Yusuff bin Kassim

Ramadhan Al Mubarak menjelma lagi. Bulan keberkatan yang memang dinanti nantikan oleh kita semua umat Islam di dunia ini kerana mahu mengandakan pahala dan amalan. Kami juga dari Persatuan Seni Silat Serimau Hitam Perak cawangan Batu Gajah tidak terlepas mahu mencari secebis pahala semperna bulan keberkatan ini.

 

Pada 30hb Julai 2011 yang lepas, kami mengajurkan Majlis Penyerahan Bantuan Makanan yang dihadiri oleh Dato Yusuff Bin Kassim sebagai perasmi dan selaku penaung persatuan.

 

IMG_6197

Bermula pada pukul 3petang dengan sesi pendaftaran bagi penerima bantuan dan amat berterima kasih kepada anak rimau Batu Gajah yang sukarela membantu. Tersentuh hati kami melihat sebahagian dari penerima adalah terdiri dari golongan warga emas jadi kami terus memastikan setiap dari mereka sentiasa selesa dalam perjalanan majlis ini.

 

IMG_5981 IMG_5971 IMG_5972 IMG_5975 IMG_5977

Tetamu yang ditunggu telah pun sampai setengah jam kemudian, disambut dengan paluan gendang silat dari Kumpulan Gendang Anak Rimau dan persembahan seni dari saudara Leman. Terukir senyum Dato kerana di sambut meriah oleh kami.

 

IMG_6015 IMG_5993 IMG_5996 IMG_5998 IMG_6000 IMG_6002 IMG_6003 IMG_6008 IMG_6013

 

Acara dipengerusi oleh saudara Sham, di mulakan dengan nyanyian lagu negaraku dan selepas itu bacaan doa oleh En Ruzaimi atau Abg Nanang selaku Pengerusi Persatuan Seni Silat Serimau Hitam Perak. Sebelum menjemput Cikgu Sham selaku Penasihat Persatuan. Acara di dahului dengan persembahan dari adik Faturahman, saudara leman, pasangan tempur Husni dan Muin.

 

IMG_6094 IMG_6034 IMG_6039 IMG_6041 IMG_6042 IMG_6048 IMG_6055 IMG_6056 IMG_6058 IMG_6065 IMG_6066 IMG_6092

 

Setelah selesai ucapan aluan dari Penasihat Persatuan. Dato Yusuff Bin Kassim di jemput membuat ucapan dan sekaligus merasmikan majlis pada hari tersebut. Byk perkara yang di sampaikan oleh Dato. Acara diteruskan dengan penyerahan watikah perlantikan Dato sebagai Penaung Persatuan dan sebagai simbolik Dato menghunus keris dan mencium nya sebagai penerimaan bersama kami di sini. Alhamdulillah, terima kasih pada Dato kerana sudi bersama kami di Persatuan Seni Silat Serimau Hitam Perak.

 

IMG_6117 IMG_6103 IMG_6104 IMG_6105 IMG_6110 IMG_6114

Terus majlis ke objektif utama, penyerahan bantuan makanan. Seramai 50 individu yang menerima bantuan iaitu terdiri dari golongan yang kurang upaya dan berpendapatan rendah. Moga dengan sedikit bantuan ini dapat meringankan beban mereka dalam menjalani ibadah puasa nanti.

 

IMG_6156 IMG_6128 IMG_6130 IMG_6134 IMG_6137 IMG_6139 IMG_6142 IMG_6145 IMG_6147 IMG_6149 IMG_6151 IMG_6153

 

Majlis pada hari tersebut juga disertai oleh kakitangan dari Hospital Batu Gajah dan paling bangga nya kami bila pengarah hospital sekali turun membantu dalam program derma darah yang seiring dengan majlis penyerahan bantuan makanan.

 

IMG_6179 IMG_6180 IMG_6185 IMG_6186 IMG_6227 - Copy IMG_6228 IMG_6232 IMG_6256 IMG_6259 IMG_6260 IMG_6266 IMG_6269 IMG_6271 IMG_6272 IMG_6275 IMG_6280 IMG_6284 IMG_6285 IMG_6291 IMG_6294 IMG_6298 IMG_6299

 

Alhamdulillah, pada pukul 5ptg upacara selesai dengan jayanya. Terima kasih pada yang membantu secara langsung atau tidak langsung. Terima kasih pada pihak hospital yang sudi hadir. Pada penerima bantuan dan yang lain lain, mohon maaf jika ada terkurang dari kami. Moga mendapat berkat dari Allah. amin!!…

 

 

 

 

ALBUM GAMBAR

 

Borang

Pendaftaran Ahli

Nama *
Alamat *
Street Address *
Address Line 2
City *
State / Province / Region *
Postal / Zip Code *
Country *
Email
Nombor Tel *

###
-
###
-
####
Keahlian *
Komen atau Pertanyaan
Semua yang diberi diatas adalah yang benar *
 Ya, Benar 
Powered byEMF HTML Form
Report Abuse
Semua tulisan dan gambar di dalam blog ini adalah hak milik sepenuh nya Persatuan Seni Silat Serimau Hitam Perak Cawangan Batu Gajah, jika ingin menerbitkan atau mengambil apa-apa artikel atau tulisan hendak lah melalui Admin. Terima Kasih

Hubungi

Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan:

Admin Serimau Hitam K-GAR
email: anakrimau.kgar@gmail.com
no tel: 017-5686687

Saiful
no tel: 013-5992595

Sham
no tel: 013-4658972