
Pada 24hb September yang lalu kami di beri satu tugasan khas untuk mengiringi YAB Perdana Menteri dan isteri di Majlis Jamuan Hari Raya Dun Sungai Rapat di Taman Soon Choon Ipoh.
Tiba nya kami disana kawasan Taman Soon Choon telah lama dikerumuni oleh orang ramai. Sambil menunggu ketibaan Perdana Menteri dan rombongan. Masing-masing telah mengambil tempat agar senang untuk mereka berjabat tangan nanti. Bagi kami Serimau Hitam K-Gar sentiasa bersiap sedia kerana kami mempunyai pengalaman yang lepas bila mengiringi Perdana Menteri di Pos Raya Gopeng dulu.
Pada masa yang sama kelihatan VVIP yang lain muncul seperti Dato Hamidah Osman selaku tuan rumah. Adun-adun kawasan yang lain juga datang awal untuk menyambut sekali Perdana Menteri dan isteri.
9.45am – Perdana Menteri dan isteri serta rombongan mula muncul dan tiba. Kami terus mendendangkan lagu berjalan bagi mengiringi beliau dan isteri. Yang agak kelam kabut sedikit bila orang ramai mula berpusu pusu mengambil peluang untuk berjabat dan bertegur sapa dengan beliau. Akibatnya kami sedikit tersepit dan terhimpit. Jadi paluan gendang kami agak sedikit tengelam. Akan tetapi kami memang bersedia untuk itu, tugas tetap kami jalankan seperti diamanahkan. Paluan gendang dan tiupan serunai tetap berkumandang sambil mengiringi Perdana Menteri dan isteri ke tempat duduk. Satu pengalaman yang membanggakan bagi kami.
Borang
