twitter rss

Team Sham Juara Futsal Merdeka Raya

Batu Gajah – 16 September 2011 di Arena Square, Batu Gajah menyaksikan perlawanan Futsal Merdeka raya yang dianjurkan Serimau Hitam Batu Gajah. Sebanyak 4 pasukan yang berentap iaitu Team Sham, Team Rizal, Team Abg Poi dan Team Abg Awie.

 

Bermula dengan masing-masing memanaskan badan dalam beberapa siri perlawanan liga. Pasukan masing-masing memang memberikan satu semangat untuk menang dan berebut piala johan. Di ingatkan bahawa pasukan yang menang boleh bermegah diri selama sebulan di dalam FB.

 

Bermula garang, pasukan Team Abg Poi mula mengorak langkah dan membelasah pasukan lawan. Tidak lupa pasukan Team Abg Awie yang membawa pemain import dari Klebang Restu memang memberi saingan yang sengit. Team Rizal pula sentiasa memberikan aksi padang yang licik dan penuh dengan skil. Team Sham walau terdiri dari pemain-pemain yang lama bersara dan dijangka akan kalah nanti tetapi semangat anak rimau tak pernah luntur di hati mereka. Bak kata pepatah “ Luka-luka harimau, menganas dia satu kampung “ .

 

Dalam erti kata lain, Team Sham berjaya ke final bersama Team Abg Awie selepas mengalahkan kedua-dua pasukan lawan.

 

Keputusan Team Sham berjaya mengodol piala johan dan membawa balik 2 bungkus roti apollo dan mug sebagai cederahari. Taniah diucapkan kepada mereka.

 

IMG_7278

 

“ Ini lah hasil latihan keras yang selalu kami utamakan “ ujar Sham selaku kapten pasukan.

 

Ziarah Raya

Labels: ,

Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir dan Batin…

 

Alhamdulillah, hari raya menjelma sudah selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadhan. Kami Serimau Hitam K-GAR mengucapkan kesyukuran pada Allah kerana memberi nikmat yang tidak terhingga. Pada hari raya yang lepas kemi mengunjungi rumah arwah guru kami untuk beraya. Terasa kerinduan bila menjejak kaki disana. Rindu terubat bila berjumpa dengan waris waris beliau yang menunggu kami. Terima Kasih pada Pak Mat iaitu anak sulung kepada arwah Bapak yang menjemput dan menunggu kedatangan kami dari Batu Gajah. Ramai juga jurulatih dan anak-anak rimau yang hadir. Sempat kami beramah mesra dan bertegur sapa. Ini lah masanya kami berkenalan kerana kami sepeguruan.

 

IMG_7163 IMG_7198

 

Borang

Pendaftaran Ahli

Nama *
Alamat *
Street Address *
Address Line 2
City *
State / Province / Region *
Postal / Zip Code *
Country *
Email
Nombor Tel *

###
-
###
-
####
Keahlian *
Komen atau Pertanyaan
Semua yang diberi diatas adalah yang benar *
 Ya, Benar 
Powered byEMF HTML Form
Report Abuse
Semua tulisan dan gambar di dalam blog ini adalah hak milik sepenuh nya Persatuan Seni Silat Serimau Hitam Perak Cawangan Batu Gajah, jika ingin menerbitkan atau mengambil apa-apa artikel atau tulisan hendak lah melalui Admin. Terima Kasih

Hubungi

Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan:

Admin Serimau Hitam K-GAR
email: anakrimau.kgar@gmail.com
no tel: 017-5686687

Saiful
no tel: 013-5992595

Sham
no tel: 013-4658972