
Batu Gajah – 16 September 2011 di Arena Square, Batu Gajah menyaksikan perlawanan Futsal Merdeka raya yang dianjurkan Serimau Hitam Batu Gajah. Sebanyak 4 pasukan yang berentap iaitu Team Sham, Team Rizal, Team Abg Poi dan Team Abg Awie.
Bermula dengan masing-masing memanaskan badan dalam beberapa siri perlawanan liga. Pasukan masing-masing memang memberikan satu semangat untuk menang dan berebut piala johan. Di ingatkan bahawa pasukan yang menang boleh bermegah diri selama sebulan di dalam FB.
Bermula garang, pasukan Team Abg Poi mula mengorak langkah dan membelasah pasukan lawan. Tidak lupa pasukan Team Abg Awie yang membawa pemain import dari Klebang Restu memang memberi saingan yang sengit. Team Rizal pula sentiasa memberikan aksi padang yang licik dan penuh dengan skil. Team Sham walau terdiri dari pemain-pemain yang lama bersara dan dijangka akan kalah nanti tetapi semangat anak rimau tak pernah luntur di hati mereka. Bak kata pepatah “ Luka-luka harimau, menganas dia satu kampung “ .
Dalam erti kata lain, Team Sham berjaya ke final bersama Team Abg Awie selepas mengalahkan kedua-dua pasukan lawan.
Keputusan Team Sham berjaya mengodol piala johan dan membawa balik 2 bungkus roti apollo dan mug sebagai cederahari. Taniah diucapkan kepada mereka.
“ Ini lah hasil latihan keras yang selalu kami utamakan “ ujar Sham selaku kapten pasukan.
Borang

haha !! memang terbaek !