
Majlis Penyerahan Bantuan Makanan yang disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato Yusuff bin Kassim
10 Aug 2011Ramadhan Al Mubarak menjelma lagi. Bulan keberkatan yang memang dinanti nantikan oleh kita semua umat Islam di dunia ini kerana mahu mengandakan pahala dan amalan. Kami juga dari Persatuan Seni Silat Serimau Hitam Perak cawangan Batu Gajah tidak terlepas mahu mencari secebis pahala semperna bulan keberkatan ini.
Pada 30hb Julai 2011 yang lepas, kami mengajurkan Majlis Penyerahan Bantuan Makanan yang dihadiri oleh Dato Yusuff Bin Kassim sebagai perasmi dan selaku penaung persatuan.
Bermula pada pukul 3petang dengan sesi pendaftaran bagi penerima bantuan dan amat berterima kasih kepada anak rimau Batu Gajah yang sukarela membantu. Tersentuh hati kami melihat sebahagian dari penerima adalah terdiri dari golongan warga emas jadi kami terus memastikan setiap dari mereka sentiasa selesa dalam perjalanan majlis ini.
Tetamu yang ditunggu telah pun sampai setengah jam kemudian, disambut dengan paluan gendang silat dari Kumpulan Gendang Anak Rimau dan persembahan seni dari saudara Leman. Terukir senyum Dato kerana di sambut meriah oleh kami.
Acara dipengerusi oleh saudara Sham, di mulakan dengan nyanyian lagu negaraku dan selepas itu bacaan doa oleh En Ruzaimi atau Abg Nanang selaku Pengerusi Persatuan Seni Silat Serimau Hitam Perak. Sebelum menjemput Cikgu Sham selaku Penasihat Persatuan. Acara di dahului dengan persembahan dari adik Faturahman, saudara leman, pasangan tempur Husni dan Muin.
Setelah selesai ucapan aluan dari Penasihat Persatuan. Dato Yusuff Bin Kassim di jemput membuat ucapan dan sekaligus merasmikan majlis pada hari tersebut. Byk perkara yang di sampaikan oleh Dato. Acara diteruskan dengan penyerahan watikah perlantikan Dato sebagai Penaung Persatuan dan sebagai simbolik Dato menghunus keris dan mencium nya sebagai penerimaan bersama kami di sini. Alhamdulillah, terima kasih pada Dato kerana sudi bersama kami di Persatuan Seni Silat Serimau Hitam Perak.
Terus majlis ke objektif utama, penyerahan bantuan makanan. Seramai 50 individu yang menerima bantuan iaitu terdiri dari golongan yang kurang upaya dan berpendapatan rendah. Moga dengan sedikit bantuan ini dapat meringankan beban mereka dalam menjalani ibadah puasa nanti.
Majlis pada hari tersebut juga disertai oleh kakitangan dari Hospital Batu Gajah dan paling bangga nya kami bila pengarah hospital sekali turun membantu dalam program derma darah yang seiring dengan majlis penyerahan bantuan makanan.
Alhamdulillah, pada pukul 5ptg upacara selesai dengan jayanya. Terima kasih pada yang membantu secara langsung atau tidak langsung. Terima kasih pada pihak hospital yang sudi hadir. Pada penerima bantuan dan yang lain lain, mohon maaf jika ada terkurang dari kami. Moga mendapat berkat dari Allah. amin!!…
ALBUM GAMBAR
Borang
