
Pada sebelah malam 19hb Disember 2010, Kumpulan Gendang Anak Rimau dari PSSSHP cawangan Batu Gajah diundang utk menyerikan lagi majlis Pembukaan Gelanggang Gayung Malaysia di Kg Taman Tasek, Batu Gajah. Tiba kami disana kira-kira 8 malam, sampai kami terus siap sedia menghamparkan tikar dan meletakkan peralatan gendang. Sambil menunggung kehadiran VIP, kami pun “jam” beberapa buah lagu. “Masa ini la nak promosi” Kata Sifu sambil tersenyum. Mmg benar kata sifu, ramai yg menjenguk-jenguk kan kepala mereka utk melihat Serimau Hitam K-GAR bermain gendang. Ada pula yg melentok-lentokkan kepala mereka mengikut alunan dan irama.
Walau kami tidak sepeguruan, tidak bermakna kami menolak permintaan saudara kami utk bersama-sama menyerikan majlis mereka. Kami pun baru belajar, dtg ke tempat org mungkin kami dpt satu atau dua pengalaman yg dpt kami bawa utk kebaikan bersama.
Bersemangat melihat anak-anak Gayung membuat persembahan lagi semangat kami utk bergendang mengiringi persembahan mereka. Yang agak kelakar melihat anak kecil yg mereka panggil “belalang” membuat persembahan, walau kecil tetapi kental menerima tedangan dan pukulan. Kesian pun ada tapi itu la adat bersilat jika tidak calar atau tidak cedera bukan silat namanya.
Antara tetamu VIP yg hadir Dato’ Hamidah Osman ADUN Sg. Rapat-Exco kanan negeri Perak merangkap Timbalan Menteri Besar Perak. Utk pengetahuan Dato’ Hamidah Osman adalah majikan kepada salah seorang ahli Serimau Hitam K-GAR iaitu saudara sham yg menjawat jawatan Pegawai Khas Luar bg Dato’ Hamidah Osman.
Alhamdulillah acara tamat pada pukul 1145mlm, terus kami menjamah makanan yg telah dihidangkan. Perkena bihun sup tambah pulut kuning cicah kari ayam sapa tak berselera, siap bertambah-tambah. Acara kami tidak disitu, terus kami ke kedai anjang utk “mengeteh” sambil berbincang acara esok harinya. Habis disana masing-masing pun balik. Terima kasih pada Gayung Malaysia kerana menjemput kami.
Bersiap-siap
Lan main game…sempat lagi tue..
K-GAR
Sham dan En Ajis
Si cilik
Antara tetamu VIP yg hadir
Pesilat Gayung(anak-anak Gayung)
Borang
