Pak! Cak! Duh! Ting! .....bunyi yg kami kenali setahun dulu....teringat pada masa mula-mula kami bermain gendang. Diperkenalkan dengan dengan gendang anak, gendang ibu dan gong. Cukup teruja kami mempelajarinya. Bersungguh-sungguh kami ingin menguasai pelajaran gendang walau pada masa itu tidak ada guru yang benar-benar terlatih untuk melatih kami.
Anak-anak…
Ini adalah fasa permulaan kami mengenal gendang. Irama hanya mengikut halwa telinga dan langsung tidak bertingkah. Pada masa itu kami belum kenal erti gendang silat yang sebenar. Belum kenal apa itu tingkah. Belum kenal apa itu pak duh ting dan cak, cuma yang kami tahu asal bunyi sedap dan mengikut irama.
ohhh!! begitu….
Fasa ini bermula bila saudara Lan di panggil oleh Jabatan Kebudayaan untuk berkursus gendang. Balik dia dari sana terus memperkenalkan kami cara terbaru untuk bermain gendang. Baru kami kenal apa itu gendang. Rupa-rupanya cara yang selama ini kami bawa langsung sumbang dan tidak kena pada cara nya. Kami pun bersama-sama belajar dan alhamdulilah saudara Lan membeli satu set gendang, gong dan serunai. Itu pertama kali kami memegang dan cuba meniup serunai. Memang mengujakan. Dari sekumit ilmu yang dibawa saudara Lan dari kursus gendang tersebut kami cuba memperbaiki cara bergendang kami. Tertubuh nya satu unit gendang yang pada masa itu belum lagi diberi nama. Kami cuba bermain diselitkan dengan alat musik "Glockenspiel" (saya tak tahu mengejanya) dan agak maju juga kami pada fasa pertama ini kerana kami sudah ada sedikit tingkah. Tapi dalam fasa ini lah kami terkena satu tamparan besar yang masing-masing menanam azam untuk belajar musik gendang sehingga berjaya. Mungkin ramai tidak tahu kenapa kami bersungguh untuk belajar. Sanggup ke sana kemari semata-mata untuk mahir dalam bergendang dan meniup serunai.
Langkah demi langkah….
Fasa yang mengubah segala-gala nya dalam dunia pergendangan kami. (14 April) Bermula 3 orang ( Sham, Rizal dan Lan) yang mengorak langkah ke Kuala Lumpur menimba ilmu pada sifu-sifu Gemala Kasturi. Memang beruntung kami menimba ilmu dengan mereka. Apa tidak nya, sapa tak kenal Gemala Kasturi. Keluar Majalah 3 tue!. Alhamdulillah ilmu yang ditimba terus kami bawa ke kampung halaman kami untuk dikongsi bersama rakan-rakan yang lain. Kumpulan Gendang Anak Rimau terus diberi nama dan kami dari situ sedikit demi sedikit mengorak langkah untuk memajukan diri. Dari tiada peniup serunai, kini Sham, Rizal, Eja dan Zaza aka Dukun boleh meniup. Gendang Ibu kalau diberi eja yang memukul nya memang memukau, lagi-lagi lagu silat kedah. peh!! terbaek!. Gendang Anak memang makanan Lan. Pukulan dia memang serasi untuk digandingkan dengan alunan serunai.
Kini boleh katakan kami setiap minggu sentiasa berlatih untuk memantapkan kemahiran kami. Walau kami tahu kami ini hanya tahu asasnya saja tapi kami sentiasa mencari dan mencari peluang yang ada untuk memajukan kumpulan gendang kami. Resmi padi sentiasa kami ikut "makin berisi makin tunduk”. Begitu juga kami, makin kami kesana-kemari makin kami sentiasa mempelajari pelajaran yang baru. Terima kasih pada Sifu-sifu Gemala Kasturi yang membimbing kami hingga kami begini. Alhamdulillah syukur. Kini kami boleh berbangga kerana kami agak mengorak langkah untuk memperkenalkan musik gendang ke tempat yang lebih jauh lagi. Mudah-mudahan di rahmati oleh Allah. amin!!!
Abg Poi – org kuat yang sentiasa dan tidak penah jemu melayan kerenah kami. Sentiasa menjaga kami dari dulu lagi.
Sham – Antara mastermind dan juga ketua yang banyak buah fikiran.
Rizal – Pecetus idea dan antara orang yang terawal di dalam penubuhan Kumpulan Gendang Anak Rimau.
Lan – Bapa kepada baby yang comel. Walau jauh di Kuala Kangsar dia sanggup tiap minggu turun untuk bergendang. Ranjer yang berjaya!
Zaza aka Dukun – Abg gomen N1 yang komited dalam latihan dan persembahan. Kini dia boleh meniup serunai, gadis-gadis tunggu kemunculan beliau.
Jet Khalid – Senior yang garang pada masa dulu. Penasihat persatuan dan “gong man” yang terbaek!.
Eja – Adik kepada sham dan juga orang yang melengkapkan Serimau Hitam K-Ggar. Penyelaras dalam tugas-tugas khas.
Leman – Mengikat kontrak seumur hidup. Setiap persembahan perlu ada beliau, seni dan gaya yang unik. Sapa tidak kenal dengan Leman Ya!!
Ajis – Hulubalang Melaka yang memakai cermin mata. Unik kan tapi cuba la kalau berani. Sekali melatah, siku la jawapan nya. Komitmen dari beliau memang 100%
Ainol, Haris dan Iwan – Pelapis yang akan mengantikan yang lama
Husni dan Muin – Penyeri dan antara orang harapan persatuan.
*(dah puji ni leh banje KFC)
Fahmi – Abg boncet yang sentiasa bersama kamere, beg sandang dan perut comel nye. Ke laot!!!!
Hmmmm...Terasa Sebak plak bila membaca ruangan nie,From Zero Became a Hero...inilah yang dikatakan "The Power of Understanding of eatch other,Respac of eatch other makes Thing's Happend"Lebih kurang macam tu la kawan2...Jadi Renung2 kan la Kata2 yang Teman sampaikan nie...Renung2kan dan selamat beramal...Berilmu,Beriman,Beramal dan Taat Setia..