17hb April kami di tugaskan untuk menyambut ketibaan Gabenor dari Indonesia. Menjadi satu kebanggaan kami kerana diberi penghormatan dari kerajaan negeri Perak. Tugas yang diberi kami laksanakan dengan penuh tangungjawab dan rase bangga.
Tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah cuaca mula berubah dari cerah ke mendung. Terus kami "set up” tempat untuk bergendang dan bermain silat nanti. Pada mulanya Ketibaan Gabenor dari Indonesia dijangka pada pukul 4ptg tetapi tertangguh kerana cuaca buruk dan di jangka lewat sejam iaitu pukul 5ptg. Jadi sambil menunggu ketibaan tetamu VVIP kami bergendang dan cuba “warming up” dulu.
Pukul 5, tetamu VVIP tiba tepat pada masanya, dari jauh kami melihat satu pesawat peribadi turun dari landasan dan mula mendekati kami di sini. Kami terus bersiap sedia untuk menyambut. Bermula persembahan seni dari Saudara Rizal, tempur kosong dari Saudara Iwan dan Ainol dan akhir sekali saudara Husni dan Muin membawa tempur kosong dan senjata.
Alhamdulillah semuanya bergerak lancar dan sempurna. Dari situ kami terus bergerak balik untuk berehat-rehat kan diri.