Pulau Pangkor……our next destination.
Setelah beberapa kali tertangguh untuk kesana, alhamdulillah akhirnya kami dapat juga merealisasikan impian kami ke Pulau Pangkor untuk Projek Jom Hidupkan Gendang Silat. Bertolak dari rumah sifu dlm pukul 7 pagi, kami terus ke terminal Lumut untuk menaiki feri ke Pangkor. 945pagi baru bertolak, jadi kami terus perkena roti canai dulu di Lumut.
“ Tak mabuk laut ke nanti? “ Famy membuka persoalan
“ Hahahaha…” terus disambut gelak oleh Dukun
Pada mula nya, kami berharap dapat feri yang ada dek luar yang membolehkan kami bergendang di atasnya. Tapi kami redha dan teruskan plan untuk bergendang di Pangkor nanti. Pada yang pertama kali naik feri, agak teruja bercampur risau. Risau takut mabuk laut. ^_^. Alhamdulillah perjalanan selamat dan kami terus sampai ke jeti Pangkor. Perasaan masing-masing mula teruja untuk bergendang dan besantai di Pangkor.
Nampak nye sudah ada perubahan di jeti Pangkor. Lebih kemas dan lebih menarik. Selesa memandang nya, sudah ade fasiliti yang senang digunakan oleh pengunjung. Kami terus menaiki teksi pangkor yang terkenal dengan warna merah jambu itu. Pantai Teluk Nipah destinasi kami, terus kami mencari “port” untuk bersantai dan beristirehat.
Sebelum tu, sifu mahu mengambil video bergendang di tepi pantai. Macam biasa kami terus bersiap dan mula bergendang. Memang “syok” bila bergendang sambil di belai dengan hembusan angin pantai buat hati mahu terjun terus ke dalam laut.
Habis bergendang terus masing-masing terjun ke laut. Huh!! seronok tidak terhingga, masing-masing macam kanak-kanak rebina. Gembira jelas terpancar pada wajah masing masing.
Aksi
Habis beraksi kami terus bergendang di area pantai. Dapat lah “jamming” 3 hingga 5 lagu. Setelah selesai, kami terus ke jeti Pangkor untuk kembali ke tanah besar. Makan dulu kerana masing masing lapar akibat nasi goreng yang dibawak bekal basi dalam perjalanan. Tidak ada rezeki nampak nya.
Alhamdulillah, hajat untuk bergendang di atas feri termakbul akhir nya. Syukur pada Allah, hajat dimakbulkan. Bentang tikar dan kami terus mengambil tempat untuk bergendang.
Dari jeti Pangkor hingga ke jeti Lumut kami bergendang. Melepaskan geram kata kan. Dari situ kami terus ke Waterfront Lumut untuk bergendang ke sana pula.
Di situ kami ditegur beberapa pengunjung bertanyakan dari mana dan nama kami. Alhamdulillah respon memang positif, yang paling seronok ada salah seorang pengunjung mahu bergendang sama dengan kami. Terima kasih pada abang tersebut kerana “join” kami berjamming, lagu silat kedah pulak tu. Tapi yang paling saya tidak dapat lupakan bila salah seorang pengunjung datang bersalam dengan saya terus menghulurkan duit. Memang agak terkejut saya.
“ Amik ini tuk buat belanja minum “
“ Tapi…..” saya cuba menolak secara sopan
“ Amik lah, ikhlas sebab pakcik suka korang bergendang, anak muda yang masih teruskan warisan kita “
saya jadi serba salah, terus juga mengambil duit tersebut dan berterima kasih pada pengunjung tersebut. Duit saya serah kan pada sifu dan sifu juga terkejut bila saya cerita kan hal itu. Tapi kami bersyukur kerana masih ada yang menyokong kami meperjuangkan seni warisan bangsa. Walau duit itu tak seberapa mana tapi niat untuk memberi itu kami hargai dengan semangat yang kami tunjukkan. Moga Allah membalas nya dengan pahala yang berlipat kali ganda.
Dari situ terus kami bertolok untuk balik. Satu lagi pengalaman yang menarik untuk kami simpan dalam memori. Harap kami dapat menyampaikan apa yang kami perjuangkan selama ini.