twitter rss

Kami dahulu….kami sekarang….

Dahulu….teringat aku masa mula mula ingin menyertai silat. Ingat lagi macam mana ketar nya lutut bila mula-mula melangkah masuk ke gelanggang. Ingat bagaimana rasa payahnya bila disuruh tumbuk, tendang, separuh tiang, kekuda berkali-kali. Ingat lagi betapa garangnya jurulatih yang mengajar. Tidak ada satu senyum atau tawa didalam gelanggang. Bagi mereka itu satu pantang, Pantang pedekar amik mudah atas segalanya. Aku tetap setia bersama kawan-kawan digelanggang. Walau macam mana ganaz dan garang jurulatih mengajar, kami tetap menerima dan menelan segalanya. Bagi aku dan rakan-rakan itu ilmu. Ilmu yang hanya dengan sepak, terajang, sakit dan peluh sahaja ia akan mengalir kedalam tubuh kami.

 

Teringat pada arwah Bapak, bila beliau turun ke gelanggang berbaju hitam dan berseluar hitam. Habis lari kesemua jurulatih, kami yang baru-baru ini terus terpinga-pinga melihatnya. Rupa-rupanya bila arwah turun, maknanya seorang-seorang akan diujinya. Sakit?….itu makanan….terima seadanya…pernah sekali terperosok ke dinding gelanggang akibat satu tumbukan dari arwah tapi aku seronok. Seronok diuji, maknanya kita makin sedia dan makin mantap dalam permainan silat ini. Itu cerita dahulu, cerita macam mana kita berguru dan bersilat. Cerita bagaimana kita yang bersungguh-sungguh dalam mencari ilmu. Tidak mengenal erti sakit, kita terus kan juga.

 

Sekarang…kami cuba untuk meneruskan tradisi….meneruskan ilmu dan amanat arwah guru….cuba mendidik generasi yang “mudah lupa” ini kepada budaya dan entiti. Tapi bila di didik banyak ragamnya. Diasak sedikit, rajuknya lama. Di masamkan senyum nya, kami pula yang merana. Merana kerana takut tidak ada siapa yang akan menganti kami disini. Manja?….namanya pendekar…bukan kah pendekar tidak takut diasak. Mungkin kini tidak seperti dahulu, mereka perlu ada kompromi untuk bersilat. Guru perlu mengikut murid, kalau murid letih guru kena lah kipaskan. Kalau guru letih, nanti dikatakan malas mengajar. Kadang-kadang aku mendengar keluhan rakan-rakan, keluhan yang dari hati mereka melihat anak-anak yang mereka ingin curah kan ilmu. Tapi aku tetap “salut”, kita tetap disini bersama untuk mencurah kan bakti pada silat. Duit, keringat dan masa jangan la dikira, habis semuanya kita korbankan semata-mata untuk melihat kita ada dilapis oleh generasi ini. Kita makin lama makin di mamah usia. Makin dipanggil ke alam yang lain. Harap anak-anak kini amati lah jurulatih kamu yang ada. Mereka tidak meminta balasan, hanya mahu melihat kamu berjaya. Berjaya membawa nama dan berjaya menganti kami untuk meneruskan tradisi dan budaya bangsa. Makin lama kami akan letih. Makin lama kami akan pudar. Jadi kamu lah yang akan mewarnai dan memberi nafas baru kepada budaya ini.

 

Moga nukilan ini menjadi titik tolak untuk kita mengorak langkah agar seni budaya ini tidak hapus diltelan zaman. Bialah ia sentiasa ada di hati anak-anak melayu walau seribu tahun sekali pun. Ingat pesan Datuk Hang Tuah “ Takkan Melayu Hilang di Dunia “…..takkan juga silat hilang dihati Melayu.

  1. Assalammualaikum.....Kepada rakan-rakan dan anak didik saya yang saya hormati,jika kita ada membaca sedikit coretan dan keluhan hati dari seorang yang bergelar jurulatih iaitu saudara Fahmi. Itu adalah salah satu coretan dan keluhan dari setiap jurulatih yang telah banyak memberi tunjuk ajar,memberi ilmu,mendidik serta memberi bimbingan kepada setiap anak-anak didik yang tiada tolok bandingnya baik dari segi wang ringgit,masa,serta kemudahan yang tidak pernah kami ada suatu ketika dahulu dan kini kami beri peluang kepada generasi sekarang dengan begitu mudah sekali.


    Dahulu segala keperluan dan kelengkapan baik dari segi alatan latihan di gelanggang serta alat muzik di sediakan oleh persatuan,tetapi kelengkapan peralatan tersebut tidak mencukupi kerana terlalu banyak gelanggang yang memerlukan peralatan tersebut maka kami terpaksa beralah dan mencari altenatif sendiri bagaimana untuk mendapatkan sumber kewangan untuk mencari kelengkapan-kelengkapan tersebut.Apalah yang terdaya yang kami mampu lakukan melainkan kami berbakti kepada Saudara Saiful Azhar yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta didikan yang tiada tolok bandingnya,Saudara saiful lah yang mendidik kami sejak dari bangku sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah dan sampailah ke hari ini selain dari Guru kami yang kami Sayangi iaitu arwah PAK BAHAROM nama panggilannya.Arwah adalah seorang yang amat kami hargai dan sayangi kerana dialah salah seorang yang banyak memberi tunjuk ajar kepada kami.Alhamdulillah dengan berkat dan kesabaran kami,hampir 14 tahun lamanya kami masih lagi berjuang untuk memartabatkan warisan bangsa melayu kita dan terus berjuang untuk memperkenalkan warisan melayu yang kian pupus atau kian layu di arus kemodenan yang kian meningkat maju.


    Wahai anak-anak didik ku sekalian,mahukah kita maju diarus kemodenan dan terus pupuskan warisan bangsa melayu kita ini...?? cubalah kita renung-renungkan sejenak,apa akan terjadi pada Generasi kita yang akan datang nanti..adakah anak-anak kita akan kenal dengan budaya melayu yang kaya dengan adat sopannya,tinggi nilai budi bahasanya,sopan santunnya serta nilai seni warisannya...


    Sudilah kiranya rakan-rakan dapat mendengar sedikit coretan luahan dan keluhan dari hati ini..

    "Andai kata tersalah bahasa,
    Maaf dari saya ku pinta"

Post a Comment

Borang

Pendaftaran Ahli

Nama *
Alamat *
Street Address *
Address Line 2
City *
State / Province / Region *
Postal / Zip Code *
Country *
Email
Nombor Tel *

###
-
###
-
####
Keahlian *
Komen atau Pertanyaan
Semua yang diberi diatas adalah yang benar *
 Ya, Benar 
Powered byEMF HTML Form
Report Abuse
Semua tulisan dan gambar di dalam blog ini adalah hak milik sepenuh nya Persatuan Seni Silat Serimau Hitam Perak Cawangan Batu Gajah, jika ingin menerbitkan atau mengambil apa-apa artikel atau tulisan hendak lah melalui Admin. Terima Kasih

Hubungi

Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan:

Admin Serimau Hitam K-GAR
email: anakrimau.kgar@gmail.com
no tel: 017-5686687

Saiful
no tel: 013-5992595

Sham
no tel: 013-4658972