Serimau Hitam K-GAR
Alhamdulillah, syukur pada Allah rezeki kami mencurah-curah, di jemput utk membuat persembahan di Malam Amal Yayasan Bina Upaya dihadapan Menteri Besar Perak iaitu Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir di Royal Golf Club Ipoh, Perak. Bertarikh 2hb Januari 2011, pada pukul 8.30 mlm.
Pada awal pagi nya kami diminta hadir utk “rehearsal” dan sound check. Terasa mcm artis pula apabila kami diberitahu tempat bergendang di tgh-tgh pentas utama. "Masa ni la kita nak tunjukkan K_GAR” ujar sifu. "Jam” dlm dua tiga lagu, akhirnya pihak penganjur berpuas hati dan meminta kami bermain selama sejam sambil menunggu kedatangan tetamu VIP. “ Boleh main sejam non-stop tak?” termenung sekejap Sham bila mendengar soalan cepu emas. Rupa-rupanya kami diminta bergendang dlm 7.30 mlm hingga 8.30mlm sehingga VIP sampai dan dari satu lagu ke satu lagu yg lain. Setelah selesai kami terus balik dan bersiap-siap utk majlis malam nnt.
Pukul 5.15 petang kami terus bersiap-siap kerana hari menampakkan awan hitam yg agak tebal. Dlm perjalanan ke rumah sifu terus hujun turun selebat-lebat nya. “Hujan rahmat” ujar eja dlm kereta. Alhamdulillah hujan hanya turun di sekitar Batu Gajah dan perjalanan kami ke Ipoh berjalan lancar. Tiba-tiba kami dikejutkan dgn panggilan dari Lan, keretanya “excident” semasa dlm perjalanan ke Royal Golf Club. Syukur pada Allah, Lan dan En Ajis selamat hanya calar sedikit pada kereta. Setibanya kami disana kami terus bersiap kerana kami tiba agak lewat. Terus ke pentas, sifu trus “setting” tempat dan kedudukan kami. Beberapa minit kemudian Lan dan En Ajis pun sampai tanpa berlengah kerana kami diminta utk bermain gendang. Tetamu mula mengambil tempat masing-masing dan kami pun terus bergendang. Dari satu lagu
ke satu lagu yg lain Serimau Hitam K-Gar bergendang, yang seronoknya bila lagu “kopi dangdut” diperdengarkan ramai yg mengoyang-goyangkan kaki mengikut irama serunai dan gendang. Mmg tak dinafikan tiupan serunai Sham dan pukulan gendang ibu Eja dan gedang anak Lan memukau ramai tetamu yg hadir. Terima kasih pada pengacara majlis kerana tak jemu-jemu memperkenalkan Serimau Hitam K-gar pada para tetamu. 8.30pm - Tetamu VIP iaitu Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir pun tiba, terus kami mengiringi beliau dan tugas fasa pertama selesai.
Sambil menunggu tugas fasa kedua, kami didendangkan dan dihiburkan oleh artis Adibah Nor. Mmg tak dinafikan suara Kak Adibah mmg “power”. Terhibur semua tetamu dgn kelunakkan suara Kak adibah. Kak Adibah mendendangkan beberapa lagu dan terus mengundurkan diri, kesempatan itu kami terus gunakan utk bergambar dgn Abidah Nor. Terima kasih Kak Adibah kerana sudi bergambar dgn Serimau Hitam K-GAR. Pukul 11.00pm tugas fasa kedua pun bermula, setelah selesai acara kami mengiringi tetamu VIP sehingga keluar dewan. Habis disitu kami tidak berganjak kerana sesi bergambar pula utk kenang-kenangan dan promosi. Utk pengetahuan, itu kali pertama kami mengayakan pakaian lengkap dgn tanjak dan baju layang. Terasa seperti panglima masing-masing bila mengenakan pakaian.
Gambar: