Mari kita memartabatkan seni budaya warisan bangsa kita. Agar tidak ditelan arus permodenan. Mari mengenal apa itu gendang silat, apa itu serunai, apa itu gedang ibu dan anak. Ayuh sahut cabaran.
We Love Gendang Silat
Harap maaf. Blog Serimau Hitam K-GAR kini dlm penyelengaraan akibat pertukaran link. Insyallah akan diupdate apabila selesai kelak….harap maklum…..
terima kasih dari admin blog Serimau Hitam K-GAR
Apa-apa pertanyaan boleh diajukan kepada:
019-5426030
26hb lepas kami dijemput ke satu majlis perkahwinan. Cuma yg berlainan majlis ini meraikan kakak salah seorang ahli PSSSHP cawangan Batu Gajah iaitu saudara Leman. Berkumpul di rumah saudara Sham pada pukul 11.30 pagi akan tetapi saudara Sham dan Lan tak dpt menyertai persembahan kali ini kerana panggilan tugas jd peniup serunai diganti adiknya saudara Eja, gendang ibu En Dukun, gendang anak En Ajis dan gong saudara Jet. Saudara Fahmi seperti biasa menjadi jurugambar bg aktiviti Serimau Hitam K-GAR. Alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupun Serimau Hitam K-GAR kekurangan 2 ahli tapi kami ttp meneruskan persembahan. Agak lucu jg apabila waktu persembahan silat saudara Muin cuba berjenaka ingan bersalam dgn pengantin perempuan tetapi terus dihalang pengantin lelaki “Yang ini aku punya!” sambil pengantin lelaki menepis tangan Muin. Mmg lucu sekali kerana tak menduga pengantin lelaki akan bertindak demikian tetapi itu tandanya kasih dan sayangnya si suami pada si isteri.
Selesai persembahan kami terus mejamah makanan yg ade terhidang. Nyum! ayam masak merah dia mmg peh! sekali. Menjilat jari dibuatnya. Nak tambah lagi terase segan tapi nyaris dah ambil byk. Haha! Tamak sungguh!
Selamat Pengantin Baru.
Sambutan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Di Sek. Men. Kebangsaan Sultan Yussuf, Batu Gajah
K-GAR dari PSSSHP cawangan Batu Gajah bersama Pesilat PSSSHP cawangan Batu Gajah
Selamat datang dan “ahlan wa sahlan” Timbalan Ketua Pengarah Malaysia(sektor operasi pendidikan) Y.Bhg. Dato' Hjh. Noor Rezan Bt. Bapoo Hashim ke Sek. Men. Kebangsaan Sultan Yussuf Batu Gajah.
Alhamdulillah acara bermula pada pukul 2.15 ptg, ketibaan VIP disambut kami dgn paluan gendang. Persembahan silat dari PSSSHP cawangan Batu Gajah juga tidak mengecewakan. Terpegun VIP melihat kelincahan pasangan tempur dan kelembutan seni oleh pesilat. Terima kasih pada saudara Leman kerana sanggup cuti utk memberi persembahan silat. Juga pada ahli-ahli yg lain terima kasih kerana dpt meluangkan masa pada hari yg sepatut nya masing-masing berkerja. Selepas pada itu kami dibawa ke khemah utk menyantap. Bihun, mee dan karipap. Menu yg dihidang kan kepada kami cuma agak terkilan kerana pihak katering agak kurang sopan dlm menghidangkan makanan. Mmg benar kami bukan VIP tapi kami tetap jgk manusia. Sungguh pun makanan(kuih popiah) yg dihidangkan utk VIP tapi agak molek kalo diberitahu dgn nada yg lembut kerana kami boleh menerimanya, ini tidak terus menerus menemplak dgn suara yg tinggi. Manusia tidak lari dari kesilapan. “Sabo la yoep”…..
Apa pun kami sungguh berbesar hati sebb dpt menyumbang sedikit utk sekolah kebanggaan kami. SYS is the BEST!!!
Tetamu VIP
Husni dan Muin dari PSSSHP cawangan Batu Gajah
Leman penuh gaya
Seimau Hitam K-GAR dgn semangat anak rimau
Makan time!!!!
dah kenyang bersantai di bilik rehat….erkk…alhamdulillah!!
Pada sebelah malam 19hb Disember 2010, Kumpulan Gendang Anak Rimau dari PSSSHP cawangan Batu Gajah diundang utk menyerikan lagi majlis Pembukaan Gelanggang Gayung Malaysia di Kg Taman Tasek, Batu Gajah. Tiba kami disana kira-kira 8 malam, sampai kami terus siap sedia menghamparkan tikar dan meletakkan peralatan gendang. Sambil menunggung kehadiran VIP, kami pun “jam” beberapa buah lagu. “Masa ini la nak promosi” Kata Sifu sambil tersenyum. Mmg benar kata sifu, ramai yg menjenguk-jenguk kan kepala mereka utk melihat Serimau Hitam K-GAR bermain gendang. Ada pula yg melentok-lentokkan kepala mereka mengikut alunan dan irama.
Walau kami tidak sepeguruan, tidak bermakna kami menolak permintaan saudara kami utk bersama-sama menyerikan majlis mereka. Kami pun baru belajar, dtg ke tempat org mungkin kami dpt satu atau dua pengalaman yg dpt kami bawa utk kebaikan bersama.
Bersemangat melihat anak-anak Gayung membuat persembahan lagi semangat kami utk bergendang mengiringi persembahan mereka. Yang agak kelakar melihat anak kecil yg mereka panggil “belalang” membuat persembahan, walau kecil tetapi kental menerima tedangan dan pukulan. Kesian pun ada tapi itu la adat bersilat jika tidak calar atau tidak cedera bukan silat namanya.
Antara tetamu VIP yg hadir Dato’ Hamidah Osman ADUN Sg. Rapat-Exco kanan negeri Perak merangkap Timbalan Menteri Besar Perak. Utk pengetahuan Dato’ Hamidah Osman adalah majikan kepada salah seorang ahli Serimau Hitam K-GAR iaitu saudara sham yg menjawat jawatan Pegawai Khas Luar bg Dato’ Hamidah Osman.
Alhamdulillah acara tamat pada pukul 1145mlm, terus kami menjamah makanan yg telah dihidangkan. Perkena bihun sup tambah pulut kuning cicah kari ayam sapa tak berselera, siap bertambah-tambah. Acara kami tidak disitu, terus kami ke kedai anjang utk “mengeteh” sambil berbincang acara esok harinya. Habis disana masing-masing pun balik. Terima kasih pada Gayung Malaysia kerana menjemput kami.
Bersiap-siap
Lan main game…sempat lagi tue..
K-GAR
Sham dan En Ajis
Si cilik
Antara tetamu VIP yg hadir
Pesilat Gayung(anak-anak Gayung)
Serimau Hitam K-GAR bersama Pengarah Hospital Batu Gajah
Alhamdulillah pada 19hb Disember 2010, Serimau Hitam K-GAR cawangan Batu Gajah berjaya menyertai aktiviti amal iaitu kempen derma darah yg dianjurkan di Pusing. Sebenarnya aktiviti derma darah ni mmg sejak dulu lagi diterapkan kepada ahli-ahli oleh Sifu(Abg Epoi). Terima kasih pada rakan-rakan yg sudi meluangkan masa utk bersama-sama menderma darah. Untuk pengetahuan, ramai dari kita merasakan menderma darah itu byk keburukan nya.
Antara Kelebihan menderma darah:
- Tindakan menderma darah akan mengurangkan paras ‘iron’
di dalam darah. ‘Iron’ adalah oksidan yang akan meningkatkan radikal
bebas di dalam tubuh. Jadi apabila anda menderma darah sekurang-kurangnya sekali dalam setahun, anda akan mengalami penurunan tahap ‘iron’ dan ini turut mengurangkan risiko serangan jantung pada diri. - Pendermaan darah boleh merangsang badan menghasilkan lebih banyak sel darah baru. Secara tidak langsung ia meningkatkan taraf kesihatan penderma kerana sel darah baru mempunyai keupayaan membawa oksigen yang jauh lebih baik berbanding sel lama.
So apa lagi kawan-kawan, jum derma darah. ^_^ Untuk pengetahuan, Tabung darah negara sentiasa kekurangan darah, jadi dgn tindakan kita menderma darah ini dpt la membantu mereka-mereka yg memerlukan. Jadi Serimau Hitam K-GAR akan sentiasa menyokong dan walau usaha kami tidak la begitu hebat tapi sekurang-kurangnya dapat membantu. Moga kerja amal ini diredhai oleh Allah. amin!!!
En Dukun artis Serimau Hitam K-GAR
Sifu dgn Buku Merah
Sifu
Adesss….sakit
Ujian darah utk menentukan jenis dan golongan darah
En Dukun
Jet pengsan lepas nampak darah
Lan
K-GAR
Jadual Bergendang terkini sepanjang bulan Disember ini:-
18hb | Majlis Perkahwinan – Tgh hari |
19hb | Majlis Perkahwinan – Tgh hari Majlis Perasmian Gelanggang Baru - Malam |
20hb | Sembah Seni lawatan Timbalan Pengarah Pelajaran di SMSY - Petang |
20hb - 24hb | Latihan Bersama penari Selendang Perak |
26hb | Majlis Perkahwinan (kakak kepada Sulaiman) –tgh hari |
Jadual pada Januari 2011
1hb Jan 2011 | Sembah Seni Sambutan Tahun Baru |
2hb jan | Sembah Seni dan mengiringi Penari Selendang Perak dihadapan Paduka Seri Sultan Perak dan Menteri Besar Perak di Perasmian Yayasan Bina Upaya, bertempat Royal Golf Club Ipoh |
Diminta ahli-ahli K-GAR bersiap sedia
Pada 9hb Dis 2010 yg lepas, kami dipanggil utk bergendang di Pos Raya, Gopeng. Mula-mula agak terkejut juga kami apabila diberitahu tetamu VIP yg dtg adalah Perdana Menteri Malaysia Dato` Seri Najib Tun Abdul Razak bg merasmikan Klinik Bergerak Satu Malaysia. Peluang hanya sekali, jadi kami terus bersetuju utk bergendang disana. Pada hari tersebut, kami bergerak dari Batu Gajah kira-kira 7.30pg sampai di Pos Raya dlm pukul 8.30pg. Walaupun hari hujan semangat kami utk bergendang tetap membara. Alhamdulillah acara selesai dlm 12.30tgh, walau dpt hanya bergendang selama seminit sahaja hati kami tetap puas kerana bukan senang ingin bergendang didepan Perdana Menteri. Selepas acara di Pos Raya, kami terpaksa bergegas ke ipoh kerana ade “interview” dari org SUK. Cerita SUK ini akan diselit kan nanti. Maaf kerana gambar di Pos Raya tidak byk kerana kami tidak cukup ahli pada hari itu dan ada pun hanya yg bergendang sahaja boleh masuk. Jadi hanya gambar posing sebelum PM dtg sahaja dpt kami papar kan disini. Insyallah kami akan cuba yg terbaik bg memamparkan gambar-gambar terbaik dari ladang…^_^
Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak
Selamat Pengantin Baru kepada sahabat dan ahli Serimau Hitam K-Gar Hasrizal. Kami disini mendoakan kebahagian dan kegembiraan hingga ke akhir hayat….amin!! Alhamdulillah, kenduri kawin rizal dirai penuh meriah. Disertakan paluan gendang dari Serimau Hitam K-Gar dan juga persembahan silat memeriahkan lagi suasana kenduri. Melihat senyuman dari raja sehari memberi semangat pada kami untuk bergendang. Juga kami amat berterima kasih pada KGGK kerana sudi hadir bersama-sama berpalu gendang. Sungguh tak sangka Cikgu Ramli juga turut bersama. Betapa bangga kami kerana “otai” dari KGGK turun memberi tunjuk ajar dan ilmu. Cuma tak disangka raja sehari juga turut bersama bergendang selepas itu. Mana tidaknya asik dipanaskan oleh rakan-rakan gendang untuk turut serta. Pesan kami “ Bila dah kawin ni jgn la slow plak bergendang yek!”….^_^
Kumpulan Gendang Anak Rimau (K-GAR) dari Persatuan Seni Silat Serimau Hitam Perak Cawangan Batu Gajah
Pesilat muda dari Persatuan Seni Silat Serimau Hitam Perak Cawangan Batu Gajah
Jet the “Gong man”
eja
Lan aka Renja’
Pak Dukun
Sham aka Chif
Abg poi aka Sifu with Dhia
Otai-otai KGGK turut bergendang
Raja sehari tak lepaskan peluang bergendang
Abg Khairul aka Serunai Faqir
Abg Shahrul
Cikgu Ramli dan Abg Azam