twitter rss

Pulau Pangkor : Tour Jom Hidupkan Gendang Silat

Pulau Pangkor……our next destination.

 

 

Setelah beberapa kali tertangguh untuk kesana, alhamdulillah akhirnya kami dapat juga merealisasikan impian kami ke Pulau Pangkor untuk Projek Jom Hidupkan Gendang Silat. Bertolak dari rumah sifu dlm pukul 7 pagi, kami terus ke terminal Lumut untuk menaiki feri ke Pangkor. 945pagi baru bertolak, jadi kami terus perkena roti canai dulu di Lumut.

 

“ Tak mabuk laut ke nanti? “ Famy membuka persoalan

 

“ Hahahaha…” terus disambut gelak oleh Dukun

 

IMG_5237

 

Pada mula nya, kami berharap dapat feri yang ada dek luar yang membolehkan kami bergendang di atasnya. Tapi kami redha dan teruskan plan untuk bergendang di Pangkor nanti. Pada yang pertama kali naik feri, agak teruja bercampur risau. Risau takut mabuk laut. ^_^. Alhamdulillah perjalanan selamat dan kami terus sampai ke jeti Pangkor. Perasaan masing-masing mula teruja untuk bergendang dan besantai di Pangkor.

 

IMG_5259

Nampak nye sudah ada perubahan di jeti Pangkor. Lebih kemas dan lebih menarik. Selesa memandang nya, sudah ade fasiliti yang senang digunakan oleh pengunjung. Kami terus menaiki teksi pangkor yang terkenal dengan warna merah jambu itu. Pantai Teluk Nipah destinasi kami, terus kami mencari “port” untuk bersantai dan beristirehat.

 

Sebelum tu, sifu mahu mengambil video bergendang di tepi pantai. Macam biasa kami terus bersiap dan mula bergendang. Memang “syok” bila bergendang sambil di belai dengan hembusan angin pantai buat hati mahu terjun terus ke dalam laut.

 

IMG_5274

 

Habis bergendang terus masing-masing terjun ke laut. Huh!! seronok tidak terhingga, masing-masing macam kanak-kanak rebina. Gembira jelas terpancar pada wajah masing masing.

 

IMG_9140 IMG_9043 IMG_9044 IMG_9046 IMG_9052 IMG_9055 IMG_9062 IMG_9069 IMG_9079 IMG_9086 IMG_9099 IMG_9104 IMG_9115

 

Aksi

Habis beraksi kami terus bergendang di area pantai. Dapat lah “jamming” 3 hingga 5 lagu. Setelah selesai, kami terus ke jeti Pangkor untuk kembali ke tanah besar. Makan dulu kerana masing masing lapar akibat nasi goreng yang dibawak bekal basi dalam perjalanan. Tidak ada rezeki nampak nya.

Alhamdulillah, hajat untuk bergendang di atas feri termakbul akhir nya. Syukur pada Allah, hajat dimakbulkan. Bentang tikar dan kami terus mengambil tempat untuk bergendang.

IMG_5377 IMG_5343 IMG_5359 IMG_5375

Dari jeti Pangkor hingga ke jeti Lumut kami bergendang. Melepaskan geram kata kan. Dari situ kami terus ke Waterfront Lumut untuk bergendang ke sana pula.

 

Di situ kami ditegur beberapa pengunjung bertanyakan dari mana dan nama kami. Alhamdulillah respon memang positif, yang paling seronok ada salah seorang pengunjung mahu bergendang sama dengan kami. Terima kasih pada abang tersebut kerana “join” kami berjamming, lagu silat kedah pulak tu. Tapi yang paling saya tidak dapat lupakan bila salah seorang pengunjung datang bersalam dengan saya terus menghulurkan duit. Memang agak terkejut saya.

 

“ Amik ini tuk buat belanja minum “

 

“ Tapi…..” saya cuba menolak secara sopan

 

“ Amik lah, ikhlas sebab pakcik suka korang bergendang, anak muda yang masih teruskan warisan kita “

 

saya jadi serba salah, terus juga mengambil duit tersebut dan berterima kasih pada pengunjung tersebut. Duit saya serah kan pada sifu dan sifu juga terkejut bila saya cerita kan hal itu. Tapi kami bersyukur kerana masih ada yang menyokong kami meperjuangkan seni warisan bangsa. Walau duit itu tak seberapa mana tapi niat untuk memberi itu kami hargai dengan semangat yang kami tunjukkan. Moga Allah membalas nya dengan pahala yang berlipat kali ganda.

 

IMG_5477 IMG_5409 IMG_5412 IMG_5415 IMG_5421 IMG_5433 IMG_5475

 

Dari situ terus kami bertolok untuk balik. Satu lagi pengalaman yang menarik untuk kami simpan dalam memori. Harap kami dapat menyampaikan apa yang kami perjuangkan selama ini.

Kejohanan Warisan Mahaguru

Maaf…maaf….maaf….(cuba tiru ayat nabil raja lawak)….maaf kerana entri kali ini agak lewat dikeluarkan admin. Harap rakan-rakan tidak bermasam muka kerana admin lewat mengeluarkan berita.

 

Baiklah. 11hb Jun 2011 adanya Kejohanan Silat Mahaguru yang di anjurkan oleh saudara Jak Othman bersama KPerak. Alhamdulillah Serimau Hitam K-Gar juga menyertai pertandingan dan juga pesilat-pesilat yang dipilih khas. Serimau Hitam K-Gar diberi tugas untuk mengiringi setiap perlawanan. Agak teruja kami kerana diberi kepercayaan sebegini rupa dari pihak penganjur. Masa ini la kami ingin memperkenalkan diri kepada mata masyarakat silat.

 

Bangga nya kami tidak hanya mengiringi pesilat lain tapi paling kami bangga kerana dapat mengiringi musik untuk rakan-rakan seperjuangan. Pukulan gendang silat kedah kami dendangkan dengan penuh semangat agar rakan rakan kami yang sedang bersilat juga sama bersemangat.

 

Akan tetapi rezeki tidak memihak kepada kami. Takpalah, anggap lah ia sebagai pembakar semangat untuk berjaya pada tahun depan. Pada kami kejohanan begini yang kami mahukan kerana menerapkan semangat silat itu sendiri. Moga ia dapat membuka mata anak bangsa yang silat itu masih lagi ada dan teguh.

 

IMG_5036IMG_5044

 

IMG_4968 IMG_4986   IMG_5000

 

 

Borang

Pendaftaran Ahli

Nama *
Alamat *
Street Address *
Address Line 2
City *
State / Province / Region *
Postal / Zip Code *
Country *
Email
Nombor Tel *

###
-
###
-
####
Keahlian *
Komen atau Pertanyaan
Semua yang diberi diatas adalah yang benar *
 Ya, Benar 
Powered byEMF HTML Form
Report Abuse
Semua tulisan dan gambar di dalam blog ini adalah hak milik sepenuh nya Persatuan Seni Silat Serimau Hitam Perak Cawangan Batu Gajah, jika ingin menerbitkan atau mengambil apa-apa artikel atau tulisan hendak lah melalui Admin. Terima Kasih

Hubungi

Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan:

Admin Serimau Hitam K-GAR
email: anakrimau.kgar@gmail.com
no tel: 017-5686687

Saiful
no tel: 013-5992595

Sham
no tel: 013-4658972