twitter rss

Israk Mikraj

Labels: , ,

 

 

 

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini, ruangan Sudut Agama menyorot peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah. Penerangan yang diberikan adalah bersifat sepintas lalu, dan dicadangkan agar anda merujuk kepada ahli agama yang benar dan bertauliah seperti ustaz atau guru yang berkenaan bagi mendapatkan fakta dan huraian selanjutnya.

Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj

Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

 

 

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

 


Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

 

i.      Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii.     Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii.    Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

 

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

 

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

 

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

 

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

 

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

 

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

 

§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

 

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

 

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

 

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

 

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

 

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

 

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):

 

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

 

i.    Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

 

ii.    Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

 

iii.   Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

 

vi.   Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

 

vii.    Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

 

viii.   Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

 

ix.   Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

 

x.     Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

 

Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.

Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

 

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj

 

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).

 

 

 

kredit: http://www.al-azim.com/~beringin/agama/israkdanmikraj.htm

Majlis Perkahwinan anakanda kepada Dato` Hj. Mohd Zaim di Parit, Perak

 

IMG_0172

 

Alhamdulillah, kami sekali lagi di jemput untuk datang ke Parit, Perak bagi meraikan pasangan Raja Sehari. Teruja kami di buatnya kerana tetamu yang hadir sangat la ramai. Dimaklumkan jemputan seramai 10 ribu orang.. Perghhhhh!!! gile kentang...!!! Memang amat meriah majlis hari ini.. Ramai tetamu VIP dan VVIP yang hadir. Maklumlah anak sulung kepada wakil rakyat di parit iaitu Dato' Hj Zaim yang kahwin.
Kami sampai kira2 jam 11.10 pagi dan terus bersiap dengan pemakaian untuk memulakan persembahan.. Sesampai je kami ke rumah pengantin, kami disambut oleh tuan rumah dan sanak saudara.. Kami tidak tunggu lama, Kami terus set up gendang.. Tetapi kami terpaksa menunggu kerana banyak acara yang berlangsung, dengan paluan marhaban dan juga selingan dari DJ Perak FM.. Apabila peluang diberi, kami memulakan dengan lagu ayam didik, kemudian di selangi pula dengan lagu selamat pengantin baru, selepas itu lagi walinungsari dan lagu seri mersing... pada majlis kali ini kami tidak banyak memainkan lagu kerana banyak acara yang berlangsung dan terpaksa bergilir gilir membuat persembahan...
Acara lebih meriah apabila pasangan mempelai tiba di perkarangan rumah.. Mempelai diiringi oleh paluan kompang.. Tiba sahaja pengantin dihadapan rumah giliran kami pula memulakan persembahan. Dimulakan dengan sembah seni dari Leman Ya, disusuli pula dengan gandingan tempur dari Muin dan Husni. Mmg meriah ketika itu dan kami diberikan tepukan gemuruh setelah selesai persembahan silat dengan diiringi lagu kedah.
Apabila majlis santapan, kami sekali lagi melaksanakan tugas dengan mengiringi pengantin ke meja santapan.. Memang cukup meriah bagaikan seorang raja dan permaisuri masuk ke istana.. Kami juga diberi penghormatan apabila dijemput untuk makan bersama-sama tetamu-tetamu di meja VIP dan VVIP.. Terima Kasih kepada Dato’ Zaim kerana sudi menjemput kami memeriahkan suasana persandingan anakanda sulung beliau.. Tidak dilupakan juga kepada Saudara Shamsul yang menghubungi kami untuk membuat tempahan. Dan yang paling sempoi Haji Megat yang cukup sporting melayan kami.. Terima kasih warga kerja di majlis persandingan dan seluruh warga Parit!!!! Terbaekkkk!!!!!

 

Kami dahulu….kami sekarang….

Dahulu….teringat aku masa mula mula ingin menyertai silat. Ingat lagi macam mana ketar nya lutut bila mula-mula melangkah masuk ke gelanggang. Ingat bagaimana rasa payahnya bila disuruh tumbuk, tendang, separuh tiang, kekuda berkali-kali. Ingat lagi betapa garangnya jurulatih yang mengajar. Tidak ada satu senyum atau tawa didalam gelanggang. Bagi mereka itu satu pantang, Pantang pedekar amik mudah atas segalanya. Aku tetap setia bersama kawan-kawan digelanggang. Walau macam mana ganaz dan garang jurulatih mengajar, kami tetap menerima dan menelan segalanya. Bagi aku dan rakan-rakan itu ilmu. Ilmu yang hanya dengan sepak, terajang, sakit dan peluh sahaja ia akan mengalir kedalam tubuh kami.

 

Teringat pada arwah Bapak, bila beliau turun ke gelanggang berbaju hitam dan berseluar hitam. Habis lari kesemua jurulatih, kami yang baru-baru ini terus terpinga-pinga melihatnya. Rupa-rupanya bila arwah turun, maknanya seorang-seorang akan diujinya. Sakit?….itu makanan….terima seadanya…pernah sekali terperosok ke dinding gelanggang akibat satu tumbukan dari arwah tapi aku seronok. Seronok diuji, maknanya kita makin sedia dan makin mantap dalam permainan silat ini. Itu cerita dahulu, cerita macam mana kita berguru dan bersilat. Cerita bagaimana kita yang bersungguh-sungguh dalam mencari ilmu. Tidak mengenal erti sakit, kita terus kan juga.

 

Sekarang…kami cuba untuk meneruskan tradisi….meneruskan ilmu dan amanat arwah guru….cuba mendidik generasi yang “mudah lupa” ini kepada budaya dan entiti. Tapi bila di didik banyak ragamnya. Diasak sedikit, rajuknya lama. Di masamkan senyum nya, kami pula yang merana. Merana kerana takut tidak ada siapa yang akan menganti kami disini. Manja?….namanya pendekar…bukan kah pendekar tidak takut diasak. Mungkin kini tidak seperti dahulu, mereka perlu ada kompromi untuk bersilat. Guru perlu mengikut murid, kalau murid letih guru kena lah kipaskan. Kalau guru letih, nanti dikatakan malas mengajar. Kadang-kadang aku mendengar keluhan rakan-rakan, keluhan yang dari hati mereka melihat anak-anak yang mereka ingin curah kan ilmu. Tapi aku tetap “salut”, kita tetap disini bersama untuk mencurah kan bakti pada silat. Duit, keringat dan masa jangan la dikira, habis semuanya kita korbankan semata-mata untuk melihat kita ada dilapis oleh generasi ini. Kita makin lama makin di mamah usia. Makin dipanggil ke alam yang lain. Harap anak-anak kini amati lah jurulatih kamu yang ada. Mereka tidak meminta balasan, hanya mahu melihat kamu berjaya. Berjaya membawa nama dan berjaya menganti kami untuk meneruskan tradisi dan budaya bangsa. Makin lama kami akan letih. Makin lama kami akan pudar. Jadi kamu lah yang akan mewarnai dan memberi nafas baru kepada budaya ini.

 

Moga nukilan ini menjadi titik tolak untuk kita mengorak langkah agar seni budaya ini tidak hapus diltelan zaman. Bialah ia sentiasa ada di hati anak-anak melayu walau seribu tahun sekali pun. Ingat pesan Datuk Hang Tuah “ Takkan Melayu Hilang di Dunia “…..takkan juga silat hilang dihati Melayu.

Kuala Lumpur here we come!! Tour Jum Hidupkan Gendang Silat….

28hb dan 29hb Mei …..Yeeaaaah!!! itu perkataan yang mula-mula keluar dari mulut saya(admin blog aka abg boncet). Mana tidak nya, kami seperti kanak-kanak yang diberi cokolat sangat-sangat teruja apabila di jemput ke Kuala Lumpur untuk bergedang di majlis perkahwinan anak kepada guru kami iaitu Pak Mat(anak sulung arwah Bapak Baharom). Terus kami membuat perancangan untuk Tour Jom Hidupkan Gendang Silat.

 

Pertama, Serimau Hitam KGAR menyerang R&R Tapah. Mulanya agak gugup kerana ini pertama kali kami “busking” di depan khalayak ramai. Tapi dengan ade nya rakan-rakan yang lain dan semangat untuk hidupkan musik gendang silat, kami terus membentang tikar. Alunan serunai dan gendang terus memukau pengunjung R&R yang ada disitu. Bagaikan artis la pulak kami. Nyaris sempat cover hensem masing-masing. Mana nak tau kan ada anak gadis yang terpikat. Lepas ini kami bergendang di majlis khawin la pulak. Lepas kami mengalungkan beberapa lagu kami terus berkemas kerana jadual masa kami agak ketat.

 

Bergendang di R&R Tapah

 

 IMG_4062 IMG_4072

 

IMG_4068

 

Sebenar nya kami belum puas, terus kami singgah di R&R Ulu Bernam. Sempat kami singgah dan meninggalkan kesan sejarah disana. Ulunan musik gendang silat kami dendangkan alhamdulillah berjaya mengamit pengunjung disana. Tak sangka ramai yang melihat dan bertanya. Bangga, seronok, puas itu rasa yang ada didalam hati masing-masing. Pernah juga saya berborak pada saudara Sham

“Bila aku tengok ramai orang datang melihat kita bergedang, aku dapat satu rasa puas yang tidak terhingga. Satu semangat yang membuak-buak untuk melihat kumpulan kita ini bertambah maju”

Senyum itu yang dibalas oleh saudara Sham pada saya. Dia pun akui mempunyai semangat dan rasa puas yang sama. Tapi rasa puas itu bukan disitu saja, selagi kami masih bernyawa dan selagi kami diizinkan Allah. Selagi itu kami membawa semangat untuk menghidupkan gendang silat ini.

 

Bergendang di R&R Ulu Bernam

 

IMG_4111 IMG_4091

 

IMG_4101

 

 

Central Market Serimau Hitam KGAR was here!!!…..alhamdulillah berkesempatan juga kami bergendang di CM. Sungguh itu tidak kami sangka sembutan nya memang sungguh mengalakkan. Terima Kasih kepada pihak pengurusan CM yang membenarkan kami mempromosikan Kempen Jom Hidupkan Gendang Silat. Jasa anda tidak akan kami lupakan. Jika kami ada rezeki lagi untuk bertandang di Kuala Lumpur akan kami singgah di CM untuk bergendang lagi. Peh! walau pun masing-masing penat bergendang di kenduri tapi masing-masing masih bersemangat untuk bergendang di CM. Mana tidak nya, terbayang pada fikiran masing-masing ramai orang yang akan terhibur dan dalam masa yang sama mempromosi kan kempen dan kumpulan gendang. Cuma yang paling kami rasa bangga bila seorang warga emas berbangsa cina menegur dan bertanya kan kami pasal gendang silat ini. Terus dia mengatakan “Bagus” sambil memberikan satu senyuman yang sungguh ikhlas pada kami. Sungguh bukan orang yg luar dari bangsa melayu sendiri menghargai dan memberi sokongan kepada kami. Bertambah semangat kami pada masa itu. Rasa seperti perjuangan kami ini benar-benar direstui Ilahi. Moga kami diberi semangat dan kesenangan dalam berjalan memperjuangkan musik gendang silat ini. Amin!. Terima Kasih pada Sifu kami Gemala Kasturi terutama Abg Khairul dan Abg Shahrul yang sudi memberi dan tidak pernah jemu mencurahkan ilmu pergendangan pada kami. Terima Kasih pada Abg Khairul kerana sudi menyambut kami pada malam sebelumnya di rumah beliau walau kami datang pada waktu yang lewat. Selepas itu kami terus bergerak balik ke Batu Gajah. Alhamdulilah syukur kerana kami berjaya membuat satu Tour JOM HIDUPKAN GENDANG SILAT.Terbaek~!!!!

 

Bergendang di Central Market

 IMG_4366IMG_4376IMG_4379 IMG_4358  IMG_4354 IMG_4378

 

 

Sila klik untuk album penuh

Mesyuarat UMNO Bahagian Batu Gajah yg dirasmikan oleh Dato’ Seri Ali Rustam

IMG_3574 IMG_3577 IMG_3578 IMG_3614 IMG_3641  IMG_3658 IMG_3668

IMG_3650

Alhamdulillah, rezeki yang ada jangan ditolak. Kami diberi tugas untuk menyambut tetamu VIP yang datang dari jauh ke tempat kami. Menyambut tetamu VIP iaitu Dato’ Seri Ali Rustam yang akan merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Batu Gajah.

 

Terima kasih kepada abg uni kerana sentiasa mempercayai kami dalam menjalankan tugas-tugas yang diberi. Setelah tiba nya tetamu VIP, terus kami sambut dengan alunan gendang dan serunai. Seperti kebiasaan silat seni dan tempur akan menyusuli dari belakang. Seperti yang termaktub dalam kontrak seumur hidup saudara Leman memang tidak mengecewakan. Seni, lenggok gaya dan tari memukau sekalian tetamu. Tidak lupa kepada Muin dan Husni, pasangan tempur yang memang tidak boleh dipisahkan, sudah macam belangkas orang kata. Tumbuk, elak, tepis dan tendang mereka memang mantap, “ Warisan Mahaguru” kata kan. Alhamdulillah setelah selesai tetamu VIP terus ke acara yang lain dan kami terus bersiap sedia untuk bergendang pada acara perasmian nanti.

 

Pukul 6.00 petang semua selesai, alhamdulillah. Satu lagi tugas kami berjaya selesai kan. Terima Kasih rakan-rakan kerana sentiasa memberi komitmen yang tidak berbelah bagi.

 

 

Borang

Pendaftaran Ahli

Nama *
Alamat *
Street Address *
Address Line 2
City *
State / Province / Region *
Postal / Zip Code *
Country *
Email
Nombor Tel *

###
-
###
-
####
Keahlian *
Komen atau Pertanyaan
Semua yang diberi diatas adalah yang benar *
 Ya, Benar 
Powered byEMF HTML Form
Report Abuse
Semua tulisan dan gambar di dalam blog ini adalah hak milik sepenuh nya Persatuan Seni Silat Serimau Hitam Perak Cawangan Batu Gajah, jika ingin menerbitkan atau mengambil apa-apa artikel atau tulisan hendak lah melalui Admin. Terima Kasih

Hubungi

Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan:

Admin Serimau Hitam K-GAR
email: anakrimau.kgar@gmail.com
no tel: 017-5686687

Saiful
no tel: 013-5992595

Sham
no tel: 013-4658972