twitter rss

Jom Hidupkan Gendang Silat

BUNTING JOM HIDUPKAN GENDANG SILAT 1

 

 

 

Kumpulan Gendang Anak Rimau telah mengadakan TOUR bagi merealisasikan serta menjayakan Kempen ''JOM HIDUPKAN GENDANG SILAT''...
Perkara ini telah lama kami bincangkan di dalam mesyuarat persatuan. Cuma menantikan waktu yang sesuai untuk di realisasikan. alhamdulillah akhirnya terlaksana juga...
Beberapa Lokasi telah dikenal pasti di sekitar kawasan yang menjadi tumpuan masyarakat..
Antara Lokasi yang telah dikenal pasti adalah:
1: Pentas Utama Padang Polo
2: Taman DR.
3: Pentas Dataran Ipoh
4: Dataran Ipoh
5: Bandar Taiping
6: Dataran Kuala Kangsar

Ini adalah sebahagian tempat yang difikirkan sesuai untuk dijadikan medan permulaan bagi menjayakannya.. harapan saya dapatlah kiranya mendapat sokongan dari sekalian sahabat dalam aliran pergendangan.... dan saya juga berharap ianya dapat direalisasikan dengan sebaik baiknya, insyaallah......
Hari Ahad yang lalu kami telah pergi ke dua lokasi untuk merealisasikan kempen tersebut. lokasinya adalah Taman DR dan juga Dataran Padang POLO...

Pergi tidak Kembali…

Al-fatehah kepada arwah ibu kepada saudara Aziz. Moga roh nya dicucuri rahmat dari Allah. Kami sahabat-sahabat mu sentiasa di sisi mu. Tabah dan cekal menghadapi dugaan. Setiap yang hidup pasti kembali ke sisi Maha Pencipta.

 

“Ya Allah, cekal kan hati kami, kuat kan hati kami dlm menempuh segala dugaan mu. Moga hati-hati kami ini sentiasa mengingati Mu Ya Allah. Kami bersyukur atas segala pemberian Mu dan kami redha atas segala-gala nya”

 

alfatihah

 

Credit: Google

Pak! Cak! Duh! Ting!…itu bunyi gendang!!!

Labels:

Pak! Cak! Duh! Ting! .....bunyi yg kami kenali setahun dulu....teringat pada masa mula-mula kami bermain gendang. Diperkenalkan dengan dengan gendang anak, gendang ibu dan gong. Cukup teruja kami mempelajarinya. Bersungguh-sungguh kami ingin menguasai pelajaran gendang walau pada masa itu tidak ada guru yang benar-benar terlatih untuk melatih kami.


Anak-anak…


Ini adalah fasa permulaan kami mengenal gendang. Irama hanya mengikut halwa telinga dan langsung tidak bertingkah. Pada masa itu kami belum kenal erti gendang silat yang sebenar. Belum kenal apa itu tingkah. Belum kenal apa itu pak duh ting dan cak, cuma yang kami tahu asal bunyi sedap dan mengikut irama.


ohhh!! begitu….


Fasa ini bermula bila saudara Lan di panggil oleh Jabatan Kebudayaan untuk berkursus gendang. Balik dia dari sana terus memperkenalkan kami cara terbaru untuk bermain gendang. Baru kami kenal apa itu gendang. Rupa-rupanya cara yang selama ini kami bawa langsung sumbang dan tidak kena pada cara nya. Kami pun bersama-sama belajar dan alhamdulilah saudara Lan membeli satu set gendang, gong dan serunai. Itu pertama kali kami memegang dan cuba meniup serunai. Memang mengujakan. Dari sekumit ilmu yang dibawa saudara Lan dari kursus gendang tersebut kami cuba memperbaiki cara bergendang kami. Tertubuh nya satu unit gendang yang pada masa itu belum lagi diberi nama. Kami cuba bermain diselitkan dengan alat musik "Glockenspiel" (saya tak tahu mengejanya) dan agak maju juga kami pada fasa pertama ini kerana kami sudah ada sedikit tingkah. Tapi dalam fasa ini lah kami terkena satu tamparan besar yang masing-masing menanam azam untuk belajar musik gendang sehingga berjaya. Mungkin ramai tidak tahu kenapa kami bersungguh untuk belajar. Sanggup ke sana kemari semata-mata untuk mahir dalam bergendang dan meniup serunai.


Langkah demi langkah….


Fasa yang mengubah segala-gala nya dalam dunia pergendangan kami. (14 April) Bermula 3 orang ( Sham, Rizal dan Lan) yang mengorak langkah ke Kuala Lumpur menimba ilmu pada sifu-sifu Gemala Kasturi. Memang beruntung kami menimba ilmu dengan mereka. Apa tidak nya, sapa tak kenal Gemala Kasturi. Keluar Majalah 3 tue!. Alhamdulillah ilmu yang ditimba terus kami bawa ke kampung halaman kami untuk dikongsi bersama rakan-rakan yang lain. Kumpulan Gendang Anak Rimau terus diberi nama dan kami dari situ sedikit demi sedikit mengorak langkah untuk memajukan diri. Dari tiada peniup serunai, kini Sham, Rizal, Eja dan Zaza aka Dukun boleh meniup. Gendang Ibu kalau diberi eja yang memukul nya memang memukau, lagi-lagi lagu silat kedah. peh!! terbaek!. Gendang Anak memang makanan Lan. Pukulan dia memang serasi untuk digandingkan dengan alunan serunai.

 

Kini boleh katakan kami setiap minggu sentiasa berlatih untuk memantapkan kemahiran kami. Walau kami tahu kami ini hanya tahu asasnya saja tapi kami sentiasa mencari dan mencari peluang yang ada untuk memajukan kumpulan gendang kami. Resmi padi sentiasa kami ikut "makin berisi makin tunduk”. Begitu juga kami, makin kami kesana-kemari makin kami sentiasa mempelajari pelajaran yang baru. Terima kasih pada Sifu-sifu Gemala Kasturi yang membimbing kami hingga kami begini. Alhamdulillah syukur. Kini kami boleh berbangga kerana kami agak mengorak langkah untuk memperkenalkan musik gendang ke tempat yang lebih jauh lagi. Mudah-mudahan di rahmati oleh Allah. amin!!!

 

DSC06309

Abg Poi – org kuat yang sentiasa dan tidak penah jemu melayan kerenah kami. Sentiasa menjaga kami dari dulu lagi.

IMG_2890

Sham – Antara mastermind dan juga ketua yang banyak buah fikiran.

P1080859

 

Rizal – Pecetus idea dan antara orang yang terawal di dalam penubuhan Kumpulan Gendang Anak Rimau.

DSC06394

 

Lan – Bapa kepada baby yang comel. Walau jauh di Kuala Kangsar dia sanggup tiap minggu turun untuk bergendang. Ranjer yang berjaya!

10

 

Zaza aka Dukun – Abg gomen N1 yang komited dalam latihan dan persembahan. Kini dia boleh meniup serunai, gadis-gadis tunggu kemunculan beliau.

IMG_1441

 

Jet Khalid – Senior yang garang pada masa dulu. Penasihat persatuan dan “gong man” yang terbaek!.

IMG_2674

 

Eja – Adik kepada sham dan juga orang yang melengkapkan Serimau Hitam K-Ggar. Penyelaras dalam tugas-tugas khas.

IMG_2744

Leman – Mengikat kontrak seumur hidup. Setiap persembahan perlu ada beliau, seni dan gaya yang unik. Sapa tidak kenal dengan Leman Ya!!

IMG_2896

 

Ajis – Hulubalang Melaka yang memakai cermin mata. Unik kan tapi cuba la kalau berani. Sekali melatah, siku la jawapan nya. Komitmen dari beliau memang 100%

IMG_3001

 

Ainol, Haris dan Iwan – Pelapis yang akan mengantikan yang lama

IMG_0488 IMG_0489

 

Husni dan Muin – Penyeri dan antara orang harapan persatuan.

*(dah puji ni leh banje KFC)

IMG_1449

Fahmi – Abg boncet yang sentiasa bersama kamere, beg sandang dan perut comel nye. Ke laot!!!!

Menyambut ketibaan Gabenor Lampung Republik Indonesia di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh

 

main copy

 

gabenor

 

17hb April kami di tugaskan untuk menyambut ketibaan Gabenor dari Indonesia. Menjadi satu kebanggaan kami kerana diberi penghormatan dari kerajaan negeri Perak. Tugas yang diberi kami laksanakan dengan penuh tangungjawab dan rase bangga.

 

Tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah cuaca mula berubah dari cerah ke mendung. Terus kami "set up” tempat untuk bergendang dan bermain silat nanti. Pada mulanya Ketibaan Gabenor dari Indonesia dijangka pada pukul 4ptg tetapi tertangguh kerana cuaca buruk dan di jangka lewat sejam iaitu pukul 5ptg. Jadi sambil menunggu ketibaan tetamu VVIP kami bergendang dan cuba “warming up” dulu.

 

Pukul 5, tetamu VVIP tiba tepat pada masanya, dari jauh kami melihat satu pesawat peribadi turun dari landasan dan mula mendekati kami di sini. Kami terus bersiap sedia untuk menyambut. Bermula persembahan seni dari Saudara Rizal, tempur kosong dari Saudara Iwan dan Ainol dan akhir sekali saudara Husni dan Muin membawa tempur kosong dan senjata.

 

Alhamdulillah semuanya bergerak lancar dan sempurna. Dari situ kami terus bergerak balik untuk berehat-rehat kan diri.

 

 

Borang

Pendaftaran Ahli

Nama *
Alamat *
Street Address *
Address Line 2
City *
State / Province / Region *
Postal / Zip Code *
Country *
Email
Nombor Tel *

###
-
###
-
####
Keahlian *
Komen atau Pertanyaan
Semua yang diberi diatas adalah yang benar *
 Ya, Benar 
Powered byEMF HTML Form
Report Abuse
Semua tulisan dan gambar di dalam blog ini adalah hak milik sepenuh nya Persatuan Seni Silat Serimau Hitam Perak Cawangan Batu Gajah, jika ingin menerbitkan atau mengambil apa-apa artikel atau tulisan hendak lah melalui Admin. Terima Kasih

Hubungi

Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan:

Admin Serimau Hitam K-GAR
email: anakrimau.kgar@gmail.com
no tel: 017-5686687

Saiful
no tel: 013-5992595

Sham
no tel: 013-4658972