twitter rss

We Love Gendang Silat!!

Labels:

i like gendang

 

 

hidup gendang

 

Mari kita memartabatkan seni budaya warisan bangsa kita. Agar tidak ditelan arus permodenan. Mari mengenal apa itu gendang silat, apa itu serunai, apa itu gedang ibu dan anak. Ayuh sahut cabaran.

 

We Love Gendang Silat

Penyelengaraan Blog

Harap maaf. Blog Serimau Hitam K-GAR kini dlm penyelengaraan akibat pertukaran link. Insyallah akan diupdate apabila selesai kelak….harap maklum…..

terima kasih dari admin blog Serimau Hitam K-GAR

Apa-apa pertanyaan boleh diajukan kepada:

anakrimau.kgar@gmail.com

019-5426030

Persembahan Silat

Labels:

P1080979

26hb lepas kami dijemput ke satu majlis perkahwinan. Cuma yg berlainan majlis ini meraikan kakak salah seorang ahli PSSSHP cawangan Batu Gajah iaitu saudara Leman. Berkumpul di rumah saudara Sham pada pukul 11.30 pagi akan tetapi saudara Sham dan Lan tak dpt menyertai persembahan kali ini kerana panggilan tugas jd peniup serunai diganti adiknya saudara Eja, gendang ibu En Dukun, gendang anak En Ajis dan gong saudara Jet. Saudara Fahmi seperti biasa menjadi jurugambar bg aktiviti Serimau Hitam K-GAR. Alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupun Serimau Hitam K-GAR kekurangan 2 ahli tapi kami ttp meneruskan persembahan. Agak lucu jg apabila waktu persembahan silat saudara Muin cuba berjenaka ingan bersalam dgn pengantin perempuan tetapi terus dihalang pengantin lelaki “Yang ini aku punya!” sambil pengantin lelaki menepis tangan Muin. Mmg lucu sekali kerana tak menduga pengantin lelaki akan bertindak demikian tetapi itu tandanya kasih dan sayangnya si suami pada si isteri.

Selesai persembahan kami terus mejamah makanan yg ade terhidang. Nyum! ayam masak merah dia mmg peh! sekali. Menjilat jari dibuatnya. Nak tambah lagi terase segan tapi nyaris dah ambil byk. Haha! Tamak sungguh!

Selamat Pengantin Baru.

P1080975 

P1080982

P1080984

P1080987

P1080989

P1080994

P1080995

P1080996

Sambutan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Di Sek. Men. Kebangsaan Sultan Yussuf, Batu Gajah

Labels:

P1080956 K-GAR dari PSSSHP cawangan Batu Gajah  bersama Pesilat PSSSHP cawangan Batu Gajah

Selamat datang dan “ahlan wa sahlan” Timbalan Ketua Pengarah Malaysia(sektor operasi pendidikan) Y.Bhg. Dato' Hjh. Noor Rezan Bt. Bapoo Hashim ke Sek. Men. Kebangsaan Sultan Yussuf Batu Gajah.

Alhamdulillah acara bermula pada pukul 2.15 ptg, ketibaan VIP disambut kami dgn paluan gendang. Persembahan silat dari PSSSHP cawangan Batu Gajah juga tidak mengecewakan. Terpegun VIP melihat kelincahan pasangan tempur dan kelembutan seni oleh pesilat. Terima kasih pada saudara Leman kerana sanggup cuti utk memberi persembahan silat. Juga pada ahli-ahli yg lain terima kasih kerana dpt meluangkan masa pada hari yg sepatut nya masing-masing berkerja. Selepas pada itu kami dibawa ke khemah utk menyantap. Bihun, mee dan karipap. Menu yg dihidang kan kepada kami cuma agak terkilan kerana pihak katering agak kurang sopan dlm menghidangkan makanan. Mmg benar kami bukan VIP tapi kami tetap jgk manusia. Sungguh pun makanan(kuih popiah) yg dihidangkan utk VIP tapi agak molek kalo diberitahu dgn nada yg lembut kerana kami boleh menerimanya, ini tidak terus menerus menemplak dgn suara yg tinggi. Manusia tidak lari dari kesilapan. “Sabo la yoep”…..

Apa pun kami sungguh berbesar hati sebb dpt menyumbang sedikit utk sekolah kebanggaan kami. SYS is the BEST!!!

P1080952

Tetamu VIP

P1080951

Husni dan Muin dari PSSSHP cawangan Batu Gajah

P1080955

Leman penuh gaya

P1080954

Seimau Hitam K-GAR dgn semangat anak rimau

P1080959

Makan time!!!!

P1080960

dah kenyang bersantai di bilik rehat….erkk…alhamdulillah!!

Pembukaan Gelanggang Gayung Malaysia

Labels:

P1080934

Pada sebelah malam 19hb Disember 2010, Kumpulan Gendang Anak Rimau dari PSSSHP cawangan Batu Gajah diundang utk menyerikan lagi majlis Pembukaan Gelanggang Gayung Malaysia di Kg Taman Tasek, Batu Gajah. Tiba kami disana kira-kira 8 malam, sampai kami terus siap sedia menghamparkan tikar dan meletakkan peralatan gendang. Sambil menunggung kehadiran VIP, kami pun “jam” beberapa buah lagu. “Masa ini la nak promosi” Kata Sifu sambil tersenyum. Mmg benar kata sifu, ramai yg menjenguk-jenguk kan kepala mereka utk melihat  Serimau Hitam K-GAR bermain gendang. Ada pula yg melentok-lentokkan kepala mereka mengikut alunan dan irama.

Walau kami tidak sepeguruan, tidak bermakna kami menolak permintaan saudara kami utk bersama-sama menyerikan majlis mereka. Kami pun baru belajar, dtg ke tempat org mungkin kami dpt satu atau dua pengalaman yg dpt kami bawa utk kebaikan bersama.

Bersemangat melihat anak-anak Gayung membuat persembahan lagi semangat kami utk bergendang mengiringi persembahan mereka. Yang agak kelakar melihat anak kecil yg mereka panggil “belalang” membuat persembahan, walau kecil tetapi kental menerima tedangan dan pukulan. Kesian pun ada tapi itu la adat bersilat jika tidak calar atau tidak cedera bukan silat namanya.

Antara tetamu VIP yg hadir Dato’ Hamidah Osman ADUN Sg. Rapat-Exco kanan negeri Perak merangkap Timbalan Menteri Besar Perak. Utk pengetahuan Dato’ Hamidah Osman adalah majikan kepada salah seorang ahli Serimau Hitam K-GAR iaitu saudara sham yg menjawat jawatan Pegawai Khas Luar bg Dato’ Hamidah Osman.

Alhamdulillah acara tamat pada pukul 1145mlm, terus kami menjamah makanan yg telah dihidangkan. Perkena bihun sup tambah pulut kuning cicah kari ayam sapa tak berselera, siap bertambah-tambah. Acara kami tidak disitu, terus kami ke kedai anjang utk “mengeteh” sambil berbincang acara esok harinya. Habis disana masing-masing pun balik. Terima kasih pada Gayung Malaysia kerana menjemput kami.

P1080932

Bersiap-siap

P1080936

Lan main game…sempat lagi tue..

P1080938

K-GAR

P1080943

Sham dan En Ajis

P1080944

Si cilik

P1080946

Antara tetamu VIP yg hadir

 

P1080948

Pesilat Gayung(anak-anak Gayung)

Aktiviti Amal : Kempen Derma Darah

Labels:

P1080928  Serimau Hitam K-GAR bersama Pengarah Hospital Batu Gajah

Alhamdulillah pada 19hb Disember 2010, Serimau Hitam K-GAR cawangan Batu Gajah berjaya menyertai aktiviti amal iaitu kempen derma darah yg dianjurkan di Pusing. Sebenarnya aktiviti derma darah ni mmg sejak dulu lagi diterapkan kepada ahli-ahli oleh Sifu(Abg Epoi). Terima kasih pada rakan-rakan yg sudi meluangkan masa utk bersama-sama menderma darah. Untuk pengetahuan, ramai dari kita merasakan menderma darah itu byk keburukan nya.

Antara Kelebihan menderma darah:

  • Tindakan menderma darah akan mengurangkan paras ‘iron’
    di dalam darah. ‘Iron’ adalah oksidan yang akan meningkatkan radikal
    bebas di dalam tubuh. Jadi apabila anda menderma darah sekurang-kurangnya sekali dalam setahun, anda akan mengalami penurunan tahap ‘iron’ dan ini turut mengurangkan risiko serangan jantung pada diri.
  • Pendermaan darah boleh merangsang badan menghasilkan lebih banyak sel darah baru. Secara tidak langsung ia meningkatkan taraf kesihatan penderma kerana sel darah baru mempunyai keupayaan membawa oksigen yang jauh lebih baik berbanding sel lama.

So apa lagi kawan-kawan, jum derma darah. ^_^ Untuk pengetahuan, Tabung darah negara sentiasa kekurangan darah, jadi dgn tindakan kita menderma darah ini dpt la membantu mereka-mereka yg memerlukan. Jadi  Serimau Hitam K-GAR akan sentiasa menyokong dan walau usaha kami tidak la begitu hebat tapi sekurang-kurangnya dapat membantu. Moga kerja amal ini diredhai oleh Allah. amin!!!

P1080899Jet mendengar penerangan P1080900

En Dukun artis  Serimau Hitam K-GAR

P1080916

Sifu dgn Buku Merah

P1080926

Sifu

P1080924

Adesss….sakit

P1080906

Ujian darah utk menentukan jenis dan golongan darah

P1080907

En Dukun

P1080911

Leman dgn nurse yg sempoiP1080912

Jet pengsan lepas nampak darahP1080913

Adik En Dukun….AjimP1080921

Lan

Update : Jadual Bulan Disember 2010

 
 
12062010248
K-GAR

 

Jadual Bergendang terkini sepanjang bulan Disember ini:-

 

18hb Majlis Perkahwinan – Tgh hari
19hb Majlis Perkahwinan – Tgh hari
Majlis Perasmian Gelanggang Baru - Malam
20hb Sembah Seni lawatan Timbalan Pengarah Pelajaran di SMSY - Petang
20hb - 24hb Latihan Bersama penari Selendang Perak
26hb Majlis Perkahwinan (kakak kepada Sulaiman) –tgh hari
 

Jadual pada Januari 2011

1hb Jan 2011 Sembah Seni Sambutan Tahun Baru
2hb jan

Sembah Seni dan mengiringi Penari Selendang Perak dihadapan Paduka Seri Sultan Perak dan Menteri Besar Perak di Perasmian Yayasan Bina Upaya, bertempat Royal Golf Club Ipoh


Diminta ahli-ahli K-GAR bersiap sedia

Lawatan Perdana Menteri Ke Pos Raya, Gopeng

Pada 9hb Dis 2010 yg lepas, kami dipanggil utk bergendang di Pos Raya, Gopeng. Mula-mula agak terkejut juga kami apabila diberitahu tetamu VIP yg dtg adalah Perdana Menteri Malaysia Dato` Seri Najib Tun Abdul Razak bg merasmikan Klinik Bergerak Satu Malaysia. Peluang hanya sekali, jadi kami terus bersetuju utk bergendang disana. Pada hari tersebut, kami bergerak dari Batu Gajah kira-kira 7.30pg sampai di Pos Raya dlm pukul 8.30pg. Walaupun hari hujan semangat kami utk bergendang tetap membara. Alhamdulillah acara selesai dlm 12.30tgh, walau dpt hanya bergendang selama seminit sahaja hati kami tetap puas kerana bukan senang ingin bergendang didepan Perdana Menteri. Selepas acara di Pos Raya, kami terpaksa bergegas ke ipoh kerana ade “interview” dari org SUK. Cerita SUK ini akan diselit kan nanti. Maaf kerana gambar di Pos Raya tidak byk kerana kami tidak cukup ahli pada hari itu dan ada pun hanya yg bergendang sahaja boleh masuk. Jadi hanya gambar posing sebelum PM dtg sahaja dpt kami papar kan disini. Insyallah kami akan cuba yg terbaik bg memamparkan gambar-gambar terbaik dari ladang…^_^

09122010540Serimau Hitam  K-GAR

09122010546

Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak

Selamat Pengantin Baru….

Labels:

P1080842

Selamat Pengantin Baru kepada sahabat dan ahli Serimau Hitam K-Gar Hasrizal. Kami disini mendoakan kebahagian dan kegembiraan hingga ke akhir hayat….amin!! Alhamdulillah, kenduri kawin rizal dirai penuh meriah. Disertakan paluan gendang dari Serimau Hitam K-Gar dan juga persembahan silat memeriahkan lagi suasana kenduri. Melihat senyuman dari raja sehari memberi semangat pada kami untuk bergendang. Juga kami amat berterima kasih pada KGGK kerana sudi hadir bersama-sama berpalu gendang. Sungguh tak sangka Cikgu Ramli juga turut bersama. Betapa bangga kami kerana “otai” dari KGGK turun memberi tunjuk ajar dan ilmu. Cuma tak disangka raja sehari juga turut bersama bergendang selepas itu. Mana tidaknya asik dipanaskan oleh rakan-rakan gendang untuk turut serta. Pesan kami “ Bila dah kawin ni jgn la slow plak bergendang yek!”….^_^

P1080810

Kumpulan Gendang Anak Rimau (K-GAR) dari Persatuan Seni Silat Serimau Hitam Perak Cawangan Batu Gajah

P1080814

Pesilat muda dari Persatuan Seni Silat Serimau Hitam Perak Cawangan Batu Gajah

P1080816

Jet the “Gong man”

P1080817

eja

P1080818

Lan aka Renja’

P1080819

Pak Dukun

P1080858

Sham aka Chif

P1080827

Abg poi aka Sifu with Dhia

P1080846

Otai-otai KGGK turut bergendang

P1080854

Raja sehari tak lepaskan peluang bergendang

P1080820

Abg Khairul aka Serunai Faqir

P1080821

Abg Shahrul

P1080822

Cikgu Ramli dan Abg Azam

Borang

Pendaftaran Ahli

Nama *
Alamat *
Street Address *
Address Line 2
City *
State / Province / Region *
Postal / Zip Code *
Country *
Email
Nombor Tel *

###
-
###
-
####
Keahlian *
Komen atau Pertanyaan
Semua yang diberi diatas adalah yang benar *
 Ya, Benar 
Powered byEMF HTML Form
Report Abuse
Semua tulisan dan gambar di dalam blog ini adalah hak milik sepenuh nya Persatuan Seni Silat Serimau Hitam Perak Cawangan Batu Gajah, jika ingin menerbitkan atau mengambil apa-apa artikel atau tulisan hendak lah melalui Admin. Terima Kasih

Hubungi

Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan:

Admin Serimau Hitam K-GAR
email: anakrimau.kgar@gmail.com
no tel: 017-5686687

Saiful
no tel: 013-5992595

Sham
no tel: 013-4658972