twitter rss

(2) Kunjungan Sifu dari Gemala Kasturi


K-GAR Vs KGGK (Gambar ehsan dari blog KGGK)


Pada hari kedua, sesi latihan di bermula di rumah saudara Sham. Bergendang la kami disana bersama-sama Abg Khairul dan Abg Shahrul. Dari satu lagu ke satu lagu kami bergendang, bila tiba Abg Shahrul memegang gendang ibu, mata saudara Lan tidak berganjak melihat pukulan-pukulan gendang yg Abg Shahrul palukan. Mmg tidak dinafikan setiap paluan gendang ibu yg Abg Shahrul mainkan mempunyai daya tarikan yg istimewa. Bunyi dan irama "pak" dan "doh" menusuk sampai ke dlm jiwa kami. Layak benar beliau kami gelarkan sifu disebbkan pengalaman dan ilmu beliau mmg tinggi. Tidak lupa pada Abg Khairul, gaya nya mmg sentiasa bersahaja. Bertemankan beg galas yg salah satu isi dlmnya kami dpt meneka iaitu serunai. Germersik sungguh lagu-lagu yg ditiup Abg Khairul. Tidak lama kemudian saudara Famy tiba dgn moto scoot berwarna belang merah hitam. Utk pengetahuan, saudara famy ni mengenali Abg Khairul aka Serunai Faqir dari penulisan beliau. Secara kebetulan rakan-rakan yg lain (Lan, Rizal, Sham) pergi mempelajari ilmu gendang dan serunai ni pada beliau. Seperti pucuk dicita ulam yg dtg kate saudara Famy " Sambil belajar gendang...leh aku blaja menulis cerpen".
Hari sudah pukul 3ptg, agak terlewat kami sedar bahawa kami perlu ke gelanggang silat di SK TIWA. Setelah sampai, dilihat persilat sudah berada di dlm gelanggang, Abg Epoi (Ketua Gelanggang) telah pun memulakan sesi latihan silat dibantu oleh saudara Jet dan saudara Dukun. Kami seperti biasa terus bersiap dan bersama-sama membantu mengajar silat kapada persilat-persilat yg baru dan muda. Dlm beberapa ketika, cuaca mula menunjukan perubahan, dari cuaca panas terik ke mendung seperti mahu hujan. Mmg benat tekaan, hujan mula turun mencurah-curah, jd dikesempatan yg ada kami terus menumpukan kepada gendang yg lama tersusun ditepi. Bergendang la kami sambil diperhatikan oleh persilat-persilat yg lain. Disamping itu Abg Epoi, Abg Khairul dan Abg Shahrul mula bertegur sapa dan memperkenalkan diri masing-masing. "Para sifu-sifu dah jumpa...abis la kite..." saudara famy bergurau tapi gurauan tidak didengari oleh sifu-sifu yg sedang rancak bergebang dan bersembang. Sebelum acara penutupan gelanggang, Abg Shahrul dan Abg Khairul sempat bergendang mengiringi persilat-persilat membuat demo. Walaupun sudah beberapa kali mendengar paluan gendang dan tiupan serunai mereka tetapi telinga ini sentiasa khusyuk mendengarnya. 6.00ptg, gelanggang tutup sesi latihan. Setelah abis di gelanggang, kami ke Medan Selera Tmn Orkid atau dikalangan kami mengelarkan nya Tmn "O" (sila buat mucung mulut anda bulat).

Acara malam pula berlainan sedikit, saudara Rizal mepelawa kami kerumah beliau, katanya ada makan-makan "sedikit" tapi tiba disana menunya terdiri dari satey, ayam pangang, nasik, kuah kacang, mmg menerujakan kami. Abg Shahrul senyap-senyap dah ada kat tepi periuk utk tambah kali kedua. Rezeki pada mlm itu mmg murah bagi kami dan sifu-sifu dari Gemala Kasturi tetapi agak malang bg saudara Rizal. Mana tidak nya, Abg Epoi dari siang merancang tuk "meranjit" saudara Rizal. Bermula la sesi memenggal telur dan tepung.


Mandi tepung (Ehsan dari blog KGGK)

Walau apa pun terima kasih pada saudara Rizal kerana mengajak kami dan sifu-sifu dari Gemala Kasturi bersantap di rumah anda. Salam Hari Lahir pada anda, moga murah rezeki dan panjang umur hendak nya. Aktiviti malam itu disambung dgn bergendang, sambil-sambil tetamu yg lain menjamu selera kami iringi dgn lagu-lagu klasik dan lagu-lagu rakyat. Alhamdulillah, tetamu yg lain dpt menerima gendang silat, ada yg menanguk-angukkan kepala bersama-sama dgn irama. Tidak disitu, aktiviti terus ke Arena Square menyambung latihan gendang dan serunai disana. Abg Shahrul dan Abg Khairul tidak jemu mengajar kami yg ketandusan ilmu-ilmu musik gendang dan serunai ini. Dlm bersembang, kami cuba mengorek sedikit rahsia buah-buah gendang dari Abg Shahrul. Sambil tersenyum Abg Shahrul mencurah ilmunya pada kami. Sungguh bertuah kami pada mlm itu. Mane tidaknya, sifu-sifu sendiri yg mengajar kami, tidak seperti mlm-mlm berikutnya kami berlatih sendiri dan kadang kala "ke laot" juga. sedar tak sedar kami disana sudah lama. Jd kami pun berkemas pulang dan menunggu aktiviti pada hari esok nya pula. Alhamdulillah.....

Bersambung.......

Kunjungan Sifu dari Gemala Kasturi


BBQ di rumah Rizal

Mkn ptg di Tmn O selepas latihan silat di sekolah

Latihan gendang dirumah Sham

Abg Shahrul, santai...


Abg Khairul, sedap nyaa....

Tanggal 30, 31 dan 1hb lepas, K-GAR dikunjungi oleh sifu-sifu dari Gemala Kasturi iaitu Abg Khairul dan Abg Shahrul. Kedatangan mereka mmg kami alu-alukan kerana sebahagian kami disini hanya mengenal nama dan belum lagi mengenal dgn secara bersemuka. Tibanya mereka di tanah Batu Gajah ini disambut mesra oleh saudara Famy yg mmg sedia menunggu di Gerai Najib Corner. Terima kasih pada saudara Rizal dan saudara Sham kerana membawa sifu-sifu dgn selamat dari KL ke Batu Gajah. Sambil mengisi perut dan diiringi oleh musik karaoke yg sentiasa bertingkah ( Abg Sharul da mula skit pale akibat musik karaoke yg berlawanan) kami berborak-borak. Untuk pengetahuan, Abg Khairul atau lebih dikenali Serunai Faqir selain mengajar gendang dan serunai, beliau adalah seorang penulis. Hasil karya beliau antara nya ialah Mencari Gayung, Bayang Ditirai Belulang, Mentera Hitam(novel) dan byk lagi.

Habis di Gerai Najib Corner, mereka dibawa ke Arena Square yg mmg menjadi tempat latihan K-GAR tiap-tiap minggu. Diperkenalkan ahli-ahli K-GAR yg lain, En Dukun, Eja, En Ajiz, sifu-sifu dari Gemala Kasturi mula membuka kata bicara. K-GAR mula menjalankan latihan, masing-masing agak gementar, yelah sifu-sifu sendiri turun utk melihat sejauh mana anak-anak didik mereka telah dpt pelajaran yg dipelajari. Selepas itu giliran sifu-sifu pula menunjukan tuipan serunai dan gendang. Mmg asik sekali paluan gendang dan tiupan serunai, teranguk-anguk kami mengikut irama lagu yg dibawa. Jam hampir 3pagi, sedar tak sedar subuh akan menjengah, jadi kami mula mengemas dan membawa Abg Khairul dan Abg Shahrul ke tempat penginapan. Terima Kasih pada saudara Lan kerana sudi menumpangkan sifu-sifu di rumah beliau. Jasamu akan dikenang. Sebelum ke rumah saudara Lan, perkena teh tarik n roti canai di pekan Batu Gajah tuk mengisi kepenatan bergendang td. Alhamdulilah.

Bersambung.....

Kejohanan Seni Silat Sekolah zon Kinta Selatan

Labels:

Alhamdulilah pada tanggal 27hb July dan 28hb July lepas kami berjaya mengiringi persilat-persilat ke Kejohanan Seni Silat Sekolah zon Kinta Selatan 2010 di SMK Sri Kampar. Ngauman anak rimau mengegarkan dewan. Taniah kepada pemenang-pemenang dan kepada yg kecundang, jgn putus asa, tahun hadapan berjuang lagi.

Borang

Pendaftaran Ahli

Nama *
Alamat *
Street Address *
Address Line 2
City *
State / Province / Region *
Postal / Zip Code *
Country *
Email
Nombor Tel *

###
-
###
-
####
Keahlian *
Komen atau Pertanyaan
Semua yang diberi diatas adalah yang benar *
 Ya, Benar 
Powered byEMF HTML Form
Report Abuse
Semua tulisan dan gambar di dalam blog ini adalah hak milik sepenuh nya Persatuan Seni Silat Serimau Hitam Perak Cawangan Batu Gajah, jika ingin menerbitkan atau mengambil apa-apa artikel atau tulisan hendak lah melalui Admin. Terima Kasih

Hubungi

Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan:

Admin Serimau Hitam K-GAR
email: anakrimau.kgar@gmail.com
no tel: 017-5686687

Saiful
no tel: 013-5992595

Sham
no tel: 013-4658972